Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka kini sudah bergelar ibu dan bapa angkat kepada seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Musa.
Menurut Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, kehadiran Musa sejak tiga bulan lalu telah menjadi penyeri bagi kehidupnya dan suami.
Katanya lagi, dia dan suami telah melalui satu perjalanan yang agak panjang untuk mendapatkan cahaya mata.
Namun, dia menyifatkan perancangan Allah jauh lebih baik.
“2+1 = 3. Noh, Nina and Musa الحمد لله
Alhamdulilah it has been 3 months since the arrival of baby Musa, we are grateful to Allah for this beautiful blessing and du’a come true – I can safely say that he is my mahram now الحمد لله.
“It has been a long journey to get to where we are today, through years of iui’s, ivf’s, operations, Allah granted us this sweet baby through other means, and it was all meant to be.
Ads
“If Allah wills it for you, nothing can stop it from reaching you and Only He knows the right time for everything to fall into place. All the tests and struggles are for a good reason.
“I remember it took me more than a year to get myself open and ready for this endeavour,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Mizz Nina menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Mizz Nina turut menambah, idea untuk mengambil anak angkat ini sebenarnya dicetuskan oleh suaminya yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan itu.
Ads
Jelasnya lagi, keputusannya untuk mengambil anak angkat itu banyak didorong ketika mereka sibuk menjalankan misi-misi kemanusiaaan sebelum ini.
“Noh initiated the idea of us adopting (of course in Islam the baby’s surname must be bin Abdullah or other names of Allah and not the adoptive father’s name) and since he was down for it, it got me curious.
“Our humanitarian trips also helped me immensely with making this decision, there are sooooo many babies and children out there without one or both parents, without the means or a place they can call home with a family who loves them.
“Opening up my heart for this life changing event was not easy and I had constantly made du’a to Allah to expand my heart and make space in it, for me to let go of my insecurities and trust in Him, His plan, His way,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Mizz Nina turut memaklumkan dia dan Noh amat gembira dengan rutin terbaru mereka sebagai ibu dan ayah.
“Alhamdulilah, with baby Musa, my heart, soul, mind and body was ready to take him in.
“He is a beautiful gift and creation of Allah, and it is such a privilege for us to have him thus far. Its been a awesome roller coaster ride being new parents and we are loving every moment Alhamdulilah.
“May he be a light for the ummah, May Allah protect our little family in this life and the next and allow us to be among those He is pleased with Aameen,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan doa semoga Musa membesar menjadi anak yang soleh.
Sekadar informasi, Mizz Nina dan Noh telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Julai 2011.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha berkongsi bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz, penghujung Mac depan.
Fasha memberitahu MH, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis dan majlis sebelah lelaki berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan.
“InsyaAllah kami merancang nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan ibu saya. Majlis nikah akan dibuat di masjid. Itu perancangannya saja,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai persiapan kahwinnya.
Bagaimananpun, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengakui dia masih belum membuat persiapan secara sepenuhnya lagi gara-gara kekangan masa dan komitmen terhadap jadual penggambaran.
“Saya belum buat apa-apa persiapan lagi kerana sibuk dengan kerja hingga tidak terfikir mengenai majlis pernikahan. Berbeza Aidil yang sudah siap membeli kain untuk dibuat baju bagi ahli keluarganya.
“Malah dia juga sudah mulai mengemas rumah keluarganya di Rembau sebagai persediaan. Saya pula belum buat apa pun lagi,” katanya secara berseloroh.
Pada masa sama, Fasha juga memberitahu kerana sibuk, dia sendiri masih belum bertemu dengan perancang perkahwinan untuk berbincang selain belum mempunyai lokasi kahwin untuk majlis nikah dan sandingnya nanti di Perlis.
“Akan tetapi, mama mahu kami dinikahkan di masjid saja, malah majlis di Perlis juga dilakukan juga atas permintaannya juga,” jelas Fasha jujur.
Cuma yang pasti, Fasha memberitahu majlis kahwin di sebelah pihak perempuan mungkin dianjurkan secara sederhana sahaja.
Sementara majlis di pihak lelaki pula akan melibatkan jemputan yang lebih besar, sekitar 5,000 orang. Malah peminat juga mungkin dijemput untuk meraikan.
“Cuma mungkin rakan baik akan hadir di majlis nikah saya nanti di Perlis. Syukur meski agak jauh dari Kuala Lumpur, tetapi sudah ada rakan terdekat yang sudi ke sana, luangkan masa,” kongsi Fasha.
Sementara itu, bintang ini turut memberitahu sebelum ini dia agak ragu-ragu untuk berkongsi lebih mengenai status atau persiapan perkahwinan memandangkan ia belum boleh diputuskan lagi.
“Setiap kali ditanya mengenai tarikh pernikahan, saya takut untuk berkongsi kerana belum muktamad tadi. Tak berani untuk beritahu lebih-lebih.
“Apa pun, saya tidak boleh pentingkan diri kerana Aidil belum pernah melalui pengalaman ke jenjang pelamin. Jadi harap yang terbaik saja buat kami.
Terdahulu, fasha ditemui media di lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production di Kapar, Selangor.
Turut sama terlibat di dalam drama rantaian tersebut ialah Datuk Aaron Aziz, Elly Mazlein, dan ramai lagi.
Fasha yang selesa solo selepas tiga tahun berpisah, dia kini bahagia bersama dua permata hatinya Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4 tahun. Terdahulu, Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan 18 November lalu.
Pelawak yang kini sedang bersaing dalam program, Maharaja Lawak Mega 2019 bersama kumpulan Puteh, Ali Puteh merakamkan rasa syukur kerana perkembangan kesihatan permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah menunjukkan perkembangan positif.
Kongsinya menerusi Instagram, dia dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung anaknya kini kian baik meski masih menggunakan bantuan mesin.
Malah, paru-parunya juga mulai aktif meski masih lemah.
“Hari ke 6…alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan rakan dan seluruh rakyat malaysia yg tak putus doakan ainul mardhiah.
”Dapat berita dri doktor yg jantung adik dah mula bernafas sendiri tp still gunakan mesin bantuan mesin..paru2 die dh mula aktif tp masih sgt2 lemah.
”Ya Allah…walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg…trima kasih semua…doakan ainul teruss kuatt!!!! Sharifah nur ainul mardhiah,” tulisnya sambil disertakan dengan foto anak tersayang.
Terdahulu, menerusi laporan mStar, Ali mendedahkan bayinya sebelum ini mengalami masalah injap jantung terbaik dan jantung berlubang.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.
Bagaimanapun, pada hari kelima bayi itu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu.
Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun.
Isnin lalu, anaknya telah menjalani pembedahan selama 12 jam berikutan masalah injap jantung terbalik dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Foto: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemenang Mentor 7, Zaaim atau nama lengkapnya, Zaaim Abdullah mengakui pada awalnya dia tidak berapa ‘suka’ dengan lagu pilihan mentornya, Siti Nordiana untuk lagu Bukan Rayuan Gombal (nyanyian asal Judika).
Katanya, dia tidak berapa mesra dengar dengan lagu berkenaan dan kalau boleh, dia mahu persembahkan lagu-lagu berentak balada.
“Kalau boleh saya nak nyanyikan lagu berentak balada. Misalnya lagu dari Asfan atau pun Azura dari Datuk Jamal Abdillah
“Bagaimanapun saya akur dengan pilihan Mentor memandangkan dia lebih berpengalaman dan tahu kelebihan saya, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau pun Nana secara seloroh mencelah memberitahu, dia mahukan protogenya itu mengalunkan lagu yang tidak pernah dinyanyikan sebelum ini.
“Kiranya dia menyanyi dalam keterpaksaan. Sebab ia adalah malam final. Jadi kena lakukan yang lain dari yang lain dan saya cakap padanya, suka hati kalau nak nyanyi lagu pilihan awak, nyanyilah.
“Kalau tak boleh persembahkan terbaik, saya okay saja. Saya kata. Lalu dia ambil cabaran tersebut dan alhamdulillah rasanya dia layak untuk menang malam ini. Saya bangga,” kata Nana.
Malah kata Nana lagi, sejak dua minggu lalu semangat Zaaim agak menurun.
“Pada masa sama, saya dan team juga bagi dia semangat dan motivasi. Syukur, malam final semangatnya cukup besar, kuat,” jelasnya.
Ditanya pada Zaaim mengenai wang kemenangan dan sebuah kereta tajaan Aerocar yang dimenanginya, pemuda berusia 28 tahun ini memberitahu dia belum memikirkan soal tersebut.
“Tak fikir lagi. Cuma kalau tanya saya sekarang, duit kemenangan saya nak bagi mak,” katanya ringkas.
Terdahulu, Mentor 7 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam menerusi TV3 menyaksikan pemuda dari Kedah itu menewaskan tiga peserta lain pada lam final.
Zaaim membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, sebuah kereta serta trofi.
Dunia fesyen Indonesia kehilangan sosok penting apabila pereka fesyen terkenal, Hengki Kawilarang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat akibat komplikasi kesihatan yang dihadapinya sejak...