Datuk Hattan mendedahkan dia tidak kisah jika digelar pelawak selepas membintangi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.
Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, bagaimapun akui, watak komedi menerusi filem berkenaan hanyalah sekadar lakonan dan tidak terjejas prinsipnya yang lantang bersuara mengenai pelbagai topik di media sosial.
“Saya tak kisah orang nak cakap apapun kerana lakonan tetap lakonan. Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa.
“Sebelum ini, menerusi filem Selubung pun saya bawa watak komedi. Kali ini, filem Gadis Jolobu The Movie juga bergenre komedi ringan untuk menghiburkan penonton,” katanya.
Selain Hattan, Gadis Jolubu The Movie yang menjadi karya berteraskan yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau Negeri Sembilan itu menggandingkannya dengan Khir Rahman dan Joey Daud.
Ia turut dibintangi anak sulung Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana, selain memperkenalkan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Ads
Bercerita mengenai lakonannya, Hattan berkata, dia tiada masalah mendapatkan keserasian bersama dua lagi teraju utama, Khir dan Joey.
“Amat mudah bekerjasama dengan Khir dan Joey walaupun mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. Mereka adalah pelakon profesional.
“Hanya watak saya sahaja yang pekat bertutur dengan dialek Negeri Sembilan, namun, Khir dan Joey pula mengikut tuntutan skrip kerana mereka digambarkan membesar di luar dan baru pulang ke kampung halaman,” katanya lagi.
Hattan menambah, banyak insiden melucukan berlaku di lokasi penggambaran filem berkenaan.
Ads
“Joey suka buat lawak spontan, tetapi masih tidak lari daripada dikehendaki skrip filem. Bagaimanapun, cabaran tetap ada. Kami berdepan dengan cabaran dari segi cuaca tidak menentu.
“Ketika penggambaran cuaca panas terik, tetapi tiba-tiba hujan dengan lebat hingga penggambaran terpaksa dihentikan,” katanya.
Berkerja dengan CL Hor, kata Hattan, dia juga selesa bekerjasama dengan pengarah yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan itu.
Ads
“Walaupun CL Hor pengarah bukan Melayu, tetapi tidak sukar memahami kehendaknya. CL Hor bukan sahaja menjaga aspek lakonan dan lakon layar, namun, masih memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak,” katanya.
Hattan turut optmis filem terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu bakal mendapat sambutan baik di pawagam.
“Insya-Allah, saya yakin filem ini akan mendapat sambutan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Saya bersyukur penonton kembali ke pawagam dengan sambutan terhadap filem tempatan selepas dua tahun berdepan era pandemik, katanya.
Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet, Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta dalam laman YouTube akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa baru-baru ini berkongsi perkembangan anak pertamanya, Muhammad Bilal yang kini usianya genap lima bulan.
Menurut Neelofa, dia bersyukur kerana dalam tempoh berkenaan, Bilal diberikan kesihatan yang baik.
“Sepanjang 5 bulan ni Allah kurniakan Bilal afiah & kesihatan yg baik, syukur. Banyak sangat yang saya belajar dalam tempoh ni, dan banyak yang saya nak improve untuk anak seterusnya dgn izin Allah.
“Saya mmg suka sangat dgn ilmu baru, lagi-lagi bila benda tu memang benda kita minat, dari February hingga Jun ni saya ambil beberapa class untuk upgrade cara menjaga & besarkan anak.
“Mudah mudahan dengan ilmu yang Allah bagi saya faham, anak dapat membesar dengan lebih baik phisically & emotionally,” jelasnya.
Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi perkara berkenaan menerusi Insta Stories.
Neelofa turut menambah, selepas mengambil beberapa sesi kelas pengurusan anak, dia selepas ini akan mendalami pula soal pemakanan si kecil pula.
“Saya banyak belajar bab breastfeeding dgn @nadmasrom, sampai hari ni masih menyusu badan walaupun dah mix formula.
“Saya pun sempat belajar dengan @babylanguage puan Uswatun untuk sleep train bilal. Alhamdulillah.
“Sekarang saya tak perlu dukung bilal langsung untuk tidur, letak atas katil tepuk-tepuk sikit, bagi peluk bantal busuk, terus tutup mata masyaAllah.
“Next week saya akan mula private class dengan dr Amalina @amalina_mohd_daud pula insyaAllah. Nak belajar the best method untuk pemakanan anak.
“Supaya anak dapat cukup keperluan nutrien, vitamin, zat segala benda, dan anak senang makan bukan jadi picky eater, tak memilih, boleh makan sendiri dan adventurous bila bab makan,” tulisnya lagi.
Neelofa selamat melahirkan Bilal di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 29 Januari lalu.
Dia dan PU RIZ berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Syafiq Nazri menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Nadia Azlan Shah telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Rabu di sebuah hospital swasta dia Putrajaya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu lagi, bayi lelakinya itu telah dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 1.42 petang.
“Assalamualaikum aunties dan uncles, nama saya Zayn Idrees. Saya lahir pukul 1.42 pm dengan berat 3.3kg,” tulisnya.
Menerusi posting yang sama, Syafiq turut memaklumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Zayn Idrees.
“And i love lots and lots of hugs. Special thanks to the doctors and nurses sebab baik sangat dengan mummy saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Nadia turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan bayi serta dirinya di ruangan Instagram stories.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang mendoakan Nadia. Maaf sebab tak dapat balas satu per satu.
“Amin atas doa kalian dan Nadia doakan semoga semua itu berbalik kepada kepada anda semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian juga.
“Untuk mommy yang tengah menunggu hari, good luck jangan pernah stop atau lupa untuk berdoa. Minta semuanya dipermudahkan,” ujarnya.
Sekadar informasi, Syafiq dan Nadia telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 19 Mac 2017.
Pasangan ini juga telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dahlia Sumayyah yang kini baru barusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto : Instagram Syafiq Nazri & Nadia Azlan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka, Ellie Suriaty optimis terhadap kualiti lakonan penyanyi, Kaka Azraff yang mendukung watak balu anggota polis, Saadiah Abdullah ketika muda setakat ini.
Mengambil latar masa akhir 1975, Ellie mengakui terpanggil untuk menguji kemampuan ibu kepada dua cahaya mata itu di sejurus melihat persembahan Kaka menerusi lagu tersebut yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B.
“Saya pilih Kaka sebab lagu Gila. Bila saya teliti liriknya itu, dalam hati terdetik bahawa jika dia mampu capai apa yang saya mahukan.
“Jadi pemikiran dan idealistiknya di dalam lagu tersebut ‘bertemu’ dengan titik pertemuan yang saya mahukan di dalam karektor Saadiah ketika muda.
“Ia seterusnya membawa kepada titik pertemuan dengan Saadiah ketika tua yang dilakonkan Khatijah Tan. Itu yang saya mahukan daripada seorang pelakon yang memainkan satu peranan untuk dua zaman,” katanya kepada MH.
Ellie menambah, personaliti Kaka dan Khatijah Tan yang membawa watak Saadiah pada tahun 2012 tidak terlalu ketara perbezaannya, sekali gus menjadikan perjalanan filem ini lebih realistik.
“Kalau kita tengok dari segi susuk fizikal, ada persamaaan apabila dilihat daripada ‘green screen’. Perubahan daripada Saadiah pada tahun 1975 dan membawa kepada perubahan latar masa 2012, ia seumpama kita tidak letak dua orang yang berbeza.
“Ia memang ‘pergi’ baik mengikut latar masa. Jadi itu yang terbaik yang kami dapat untuk karektor Saadiah sebenarnya,” katanya lagi.
Ditanya sebab mengambil Azriel Ismail untuk melakonkan watak sebagai Alias Nik Daud, Ellie percaya dengan bakat yang ada dengan pelakon berkenaan.
“Bagi saya dia ada aura yang sangat bagus. Dia pernah bekerja dengan saya untuk projek Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess sebagai Kijang Mas. Jadi saya tahu sejauh mana dia boleh pergi.
“Sebab kita tahu, lakonan di pentas teater adalah antara latihan lakonan buat seseorang pelakon. Bila dia buat persembahan itu, bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah. Dia ada karisma dan energi bersama karektor yang dibawa.
“Saya sedar, kita ada ramai aktor. Tetapi kita juga perlukan satu permulaan yang besar. Watak ini sesuai dengan dia. Pada saya untuknya memainkan watak penting dalam naskhah ini, sangat sajak untuknya.
“Kita sedia ada ramai pelakon lelaki yang sering bawa watak polis, askar dan sebagainya. Tapi kita mahukan figura yang segar untuk watak tersebut,” katanya lagi.
Saadiah: Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.