Berita

“Detik Paling Indah…,” – Eyka Farhana Selamat Bersalin, Muhammad Luay Khayr Nama Anak Sulung

Share

Tahniah buat pelakon, Eyka Farhana yabg dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 16 Mei lalu.

Menurut Eyka, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

“MasyaAllah TabarakAllah, detik paling indah dalam hidup saya hadir pada 16/5/26. Alhamdulillah, Baby L selamat dilahirkan secara normal,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh pelakon filem Polis Evo itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Menerusi hantaran sama, Eyka turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan anggota tubuh badan anaknya itu.

Malah, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dilihat tidak dapat menahan sebak saat melihat anaknya dilahirkan.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/puasa-ketika-hamil-sangat-mencabar-kandungan-masuk-trimester-ketiga-eyka-farhana-jaga-kesihatan-mental-walau-jauh-dengan-suami/

Eyka & Suami Sepakat Pilih Nama

Sementara itu, Eyka turut memaklumkan dia dan suami sepakat untuk menamakan anak mereka Muhammad Luay Khayr.

“Segala rasa sakit hilang sekelip mata apabila Mama melihat wajah kecilmu, sayang.

“Selamat datang ke dunia, hero kami, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar,” kongsinya lagi.

Tambah Eyka, kehadiran cahaya mata sulung ini merupakan anugerah terindah di dalam hidupnya dan suami.

“Kamu sangat disayangi, terlalu berharga dan kini sudah menjadi bahagian terbesar dalam hati kami.

“Kami menyayangimu lebih daripada apa yang mampu digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 Mei 2024 dalam sebuah majlis tertutup.

Pada Februari lalu, Eyka berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya sedang hamil cahaya mata sulung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Eyka Farhana

Published by
Aizam Manaf