“Dengar Cerita Driver Cabut?,” – Alam Wakaka Simpati Nasib Pemandu Motor Kemalangan Di Lorong Kecemasan

Share

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan satu kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, pada Isnin.

Kemalangan tersebut membabit sebuah kenderaan telah melanggar pembonceng motorsikal di lorong kecemasan.

Lalu, penari terkenal Alam Wakaka meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang telah berlaku.

“DENGAR CITE DRIVER CABUT??? NAK SALAHKAN SIAPA?? Atau dua2 salah??

“Sila komen pada mereka yang sudah memiliki lesen. Kesian abang moto tu. Harap dia takde pape. Doa yg baik2, NO RASIST comment!,” tulisnya.

Dalam perkembangan terkini, pemandu kereta  yang terbabit di dalam insiden tersebut difahamkan telah ditahan reman selama 4 hari oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Video: Instagram Alam Wakaka

IKLAN