“Dengan Siapa Saya Mahu Berkongsi…?” – Pengakuan Abam Salurkan Wang Demi Keselesaan Keluarga Bikin Netizen Sebak, #kitabaikramaisayang Tular

Share

Pemergian pelawak popular, Abam Bocey cukup meninggalkan kesan mendalam dalam hati peminat hiburan tanah air tempatan.

Video temubual bersama Ustaz Ebit Lew sekitar 2018 bersama Abam Bocey kembali tular dan dikongsi netizen yang rata-rata terharu dengan pengorbanannya dalam memberi keselesaan kepada keluarga terutama ibu tercinta.

Jelas Abam, walau punya duit beratus ribu di dalam simpanan, namun semuanya dibelanjakan untuk adik-adik dan ibu.

“Walaupun saya dah ada duit yang banyak tetapi ia masih untuk adik-adik.

“Saya banyak duit, saya beritahu betul-betul saya memang banyak duit. Beratus ribu yang saya ada, saya menang pertandingan tetapi dengan siapa saya mahu berkongsi duit itu? Dengan keluargalah.

“Saya sangat bahagia. Adik-adik mahu berkahwin saya yang taja janji majlis mereka meriah. Saya nanti dulu.

“Selepas selesai membuat rumah, berikan kehidupan yang selesa, mak pun duduk di rumah itu, barulah saya berkahwin,” jelasnya sambil tersenyum.

Pelawak yang terkenal dengan tandapagar #kitabaikramaisayang di laman Instagram miliknya ini meninggal dunia sekitar jam 8.00 pagi di kediamannya di Gombak.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.

Foto : Facebook Ebit Lew

IKLAN