Hiburan

Dendam Seorang Mentua & Good Boys Go To Heaven Bikin Ramai FOMO, Sayang Nak Tinggal Walau Satu Episod!

Share

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak drama tempatan yang menjadi bualan hangat terutamanya di media sosial sehingga mencetuskan viral.

Setiap kali melayari timeline, pasti ada saja perbincangan mengenai episod terbaharu, teori jalan cerita dan nasib watak-watak kegemaran penonton.

Pada mulanya, ramai menyangka netizen sedang membincangkan drama Korea atau siri Hollywood popular.

Namun hakikatnya, mereka sebenarnya rancak berbicara mengenai drama tempatan yang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri.

Siri Drama Best, Jadi Perhatian

Antara drama yang paling hangat diperkatakan ketika ini ialah Dendam Seorang Mentua.

Naskhah tersebut sukses menjadi sorotan khususnya menerusi watak Datuk Muzaffar yang dibawakan oleh aktor dan penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim.

Walaupun kini berusia 53 tahun, aura anggota kumpulan KRU itu sebagai pelakon utama masih kekal memikat seperti zaman kegemilangannya pada era 90an.

Rata-rata ‘cair’ dengan kelembutan serta sikap romantis yang ditunjukkan oleh Muzaffar terhadap isterinya, Nur Amira Sofia.

Pada masa sama, jalan cerita yang penuh emosi terutama babak pertelingkahan antara Amira dan Harlina turut membuatkan penonton terus melekat di hadapan skrin.

Watak-watak yang menguji kesabaran, konflik keluarga yang sarat dengan emosi serta plot yang sukar dijangka menjadikan ramai penonton tidak sanggup terlepas walau satu episod.

Selain itu, Good Boys Go To Heaven turut mencetuskan fenomena tersendiri di media sosial. Siri thriller tersebut merungkai insiden menyayat hati yang menimpa seorang kanak-kanak bernama Ahyan.

Drama berkenaan menjadi trending apabila netizen mula membentangkan pelbagai teori mengenai siapakah pembunuh sebenar.

Malah, ada yang sanggup berdebat kerana tidak bersetuju dengan teori yang dikemukakan oleh penonton lain.

Bapa Mentuaku Mafia Turut ‘Pancing’ Mata Ramai!

Sementara itu, Bapa Mentuaku Mafia hadir dengan pendekatan berbeza menerusi gabungan aksi, komedi dan drama kekeluargaan yang mudah dinikmati oleh pelbagai lapisan penonton.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pelakon utamanya seperti Zahiril Adzim, Siti Hariesa dan Razak Ahmad.

Pelbagai babak mencuit hati yang tular di media sosial membuatkan ramai yang pada awalnya sekadar ingin tahu, akhirnya terus mengikuti perkembangan cerita tersebut setiap minggu.

Hakikatnya, ramai penonton hari ini menemui drama kegemaran mereka menerusi klip-klip pendek yang muncul di media sosial. Sekali rasa tertarik, memang sukar untuk berhenti mengikuti perjalanan ceritanya.

Kini, anda boleh menyaksikan drama-drama hebat terbitan Astro menerusi platform sooka.

Dengan sooka, kadang-kadang niat asal cuma mahu tengok sekejap. Sekali cuba, terus susah nak berhenti.

Jadi, kalau anda juga sering terkena ‘racun’ klip viral di media sosial atau jenis yang sukar move on apabila bertemu drama yang menarik, sudah tiba masanya untuk mencuba sendiri pengalaman tersebut.

Strim sooka sekarang dan faham sendiri kenapa ramai penonton kata dengan sooka, memang mudah tergoda!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf