Pelakon, Syarifah Sakinah mendedahkan bahawa rumah tangga yang dibina bersama juruterbang, Aliff Adha telah pun berakhir sejak Mei lalu.
Menurut laporan BH Online, Sakinah dan Aliff sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak bulan Mac yang lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya seperti yang dipetik.
Ketika ditanya adakah punca penceraian ini disebabkan oleh orang ketiga, ini respon yang diberikan oleh adik kepada Sharifah Shahira itu;
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan di sosial media kononnya Aliff secara terbuka menggunakan ‘dating apps’ untuk bersosial di internet.
Oleh kerana itu, ramai pihak yang mula membuat spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan tersebut.
Terdahulu, Sakinah dan Alif telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Mac 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan K-Clique bakal melancarkan buku biografi sendiri tidak lama lagi yang berkisarkan mengenai perjalanan kesemua anggotanya dari awal penglibatan dunia seni sehingga kini.
Perkara tersebut dikongsikan dua anggotanya, MK dan Tuju ketika hadir meraikan pembukaan rasmi Atsky Dine Chill And Event di Damansara, baru-baru ini.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan menjelaskan, buku biografi yang berjudul Merais itu berkisar mengenai perjalanan hidup mereka.
“Buku tersebut sudah pun berada dalam fasa terakhir penerbitan. Tunggu masa untuk lancarkan sahaja.
“Jujurnya untuk tahun ini, kami sebenarnya sudah pun mempunyai beberapa projek istimewa.
“Bagaimanapun, Allah SWT turunkan dugaan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.
“Kami reda dan perlu susun balik setiap perancangan terdahulu,” katanya.
Mengambil judul sama seperti single terkini mereka, Tuju menambah, idea menerbitkan buku tersebut sebagai penghargaan selain mendekatkan lagi kumpulan tersebut dengan peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan.
“Insya-Allah dalam tempoh beberapa bulan ini, kalau ada rezeki kami akan lancarkan buku tersebut.
“Tajuknya sama seperti single baru kami iaitu Merais. Secara umumnya, buku ini menjelaskan tentang bagaimana kami bermula dalam bidang muzik,” katanya.
“Ramai yang ingin tahu mengenai K-Clique, macam mana kami boleh bertemu hingga tertubuhnya sebuah kumpulan dan sebagainya.
“Kami sendiri yang tulis dan ia disunting serta diperkemaskan oleh editor yang dilantik.
“Dalam buku tersebut, setiap ahli kumpulan ada akan ada bahagiannya sendiri.
“Ya… 100 peratus jujur daripada kami. Biarlah pembaca kenal kami ni siapa. Memang teruja untuk melancarkan buku berkenaan.
“Harap ia boleh jadi inspirasi kepada semua juga.
“Meski kami pun bukanlah siapa-siapa, akan tetapi kami berharap kalau ada yang ingin tahu mengenai kami lebih baik, boleh milikinya apabila ia menjengah pasaran kelak,” akhiri MK.
“Saya memang berminat untuk ceburi bisnes Food & Baverage (F&B) dan teringin untuk miliki kedai di atas bumbung. Menikmati hidangan sambil diiringi persembahan busking.
“Jadi bila terjumpa lokasi ini, ia ada konsep yang saya inginkan. Perancangan untuk jalankan operasi Atsky bermula sejak tahun lalu dan alhamdulillah ia dipermudahkan,” jelasnya.
Ali Ikhwan turut menjelaskan, menu hidangan di Atsky juga terdiri daripada menu tempatan dan antarabangsa selain ia boleh memuatkan kapasiti kira-kira 500 pengunjung pada satu-satu masa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut sama tumpang gembira dengan berita kehamilan Emma yang dikongsikan keduanya menerusi Instagram pada Selasa.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaklumkan usia kandungannya mencecah empat bulan.
Kini menikmati percutian di Langkawi, Emma menerusi laporan Berita Harian berkongsi perasaannya yang gembira bercampur teruja.
“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.
“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia dan suami turut tidak sabar menantikan kehadiran permata hati dalam keluarganya.
“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.
“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” ujar Emma yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya, November depan.
Menerusi hantaran di Instagram itu, Emma menerusi kapsyen membayangkan bulan madu mereka disifatkan sebagai percutian terakhir berdua dengan suami kerana selepas ini mereka tidak sabar ditemani anak.
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak terlalu memikirkan segala kritikan yang diterimanya susulan perkongsian foto mesra bersama temannya yang dikenali sebagai Bern di media sosial, baru-baru ini.