Baru-baru ini, penceramah dan pendakw bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan ada memuat naik sebuah video bagi berkongsi pemandangannya mengenai kebaikan vaksin sebagai salah satu cara untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Video berdurasi hampir sembilan minit itu nyata menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada golongan antivaksin.

Malah, terdapat juga segelintir pihak yang mengugut mahu memboikot PU Rahmat di semua platform media sosial gara-gara kenyataannya itu.

Enggan melatah, PU Rahmat sebaliknya menegaskan dia tidak kisah mengenai penerimaan orang ramai terhadap dirinya kerana sejak dari kecil dia telah diajar untuk tidak mencari kegembiraan ketika berdakwah.

 “DEMI ALLAH..Demi Allah saya tak kisah jika kamu semua nak unfollow saya dan nak benci saya.

IKLAN

“Saya sejak umur 12 tahun dah diajar berdakwah ni bukan cari kegembiraan dan kesukaan manusia.

“Saya buat kerana Allah, buat kerana jujur dengan ilmu, buat kerana ikut Nabi Sallahu alaihi wassalam,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta program Pencetus Ummah musim pertama itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, PU Rahmat turut mendedahkan dia telah menyekat hampir kebanyakkan akaun-akaun golongan antivaksin kerana tidak mahu mereka terus melakukan fitnah yang boleh mendatangkan dosa.

Malah, PU Rahmat turut berharap agar orang ramai dapat menonton videonya itu dengan hati yang tenang dan terbuka.

“Sejak semalam saya dah block berpuluh orang anti-Vacc yang hina saya dan panggil saya dengan bermacam gelaran seperti Ustaz Dajjal.

IKLAN

“Saya block bukan marah tapi nak halang kamu buat dosa. Jangan risau kamu semua masih boleh baca dan tonton video saya. Mana tau satu hari nanti kalian terbuka hati menerima kebenaran,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh PU Rahmat selain turut berharap agar dia sentiasa diberikan kekuatan untuk berdakwah menyampaikan ilmu Islam.

“Demi Allah, Saya Tak Kisah,” – PU Rahmat Dilabel ‘Ustaz Dajjal’ Sebab Sokong Vaksin, Lihat Ini Reaksinya “Demi Allah, Saya Tak Kisah,” – PU Rahmat Dilabel ‘Ustaz Dajjal’ Sebab Sokong Vaksin, Lihat Ini Reaksinya “Demi Allah, Saya Tak Kisah,” – PU Rahmat Dilabel ‘Ustaz Dajjal’ Sebab Sokong Vaksin, Lihat Ini Reaksinya

Sumber: Instagram PU Rahmat Ikhsan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI