“Demam Makin Panas, Kepala Sakit. Nak Jalan Pun Terhuyung-Hayang…,” – Wani Kayrie ‘Update’ Keadaan Dirinya

Share

Penyanyi Wani Kayrie dilaporkan positif Covid-19 selepas mengalami demam panas, sakit kepala, batuk, selesema dan sakit tekak meski deria bau serta rasanya masih ada.

Bintang berusia 21 tahun itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi Instagram pada Ahad.

“Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah kan? Sad to inform that I have tested positive for Covid-19. Mohon doa semua ya.

“Setakat ini, Wani perlu kuarantin diri di rumah selama 10 hari atas nasihat doktor. Antara simptom-simptom adalah demam panas, sakit kepala, batuk2, selsema & sakit tekak.

“Alhamdulillah deria bau & rasa Wani masih ada. Tapi, sakit dia teramat sakit. Tak tipu. Jagalah diri sebaik mungkin ya. Kita cuma boleh ikhtiar apa yang mampu. Take care everyone,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini turut berkongsi perkembangan dirinya, malam tadi.

“I received so many calls & messages. Minta maaf wani tak dapat nak angkat call dan reply message satu persatu disebabkan keadaan Wani yang masih lemah. Ingatkan lelap sekejap dah okay.

“Bila bangun demam makin panas & kepala sakit yang amat. Nak jalan pun terhuyung-hayang macam nak pitam.

“Wani mampu baca semua message je setakat ni. Terima kasih rakan-rakan, kenalan, keluarga dan para media yang concern. Terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah doakan yang baik-baik ya,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN