Dedah Wajah Anak Lepas Selesai Pantang, Netizen Kata Wajah Bayi Sairah Mirip Aafiyah. Dua-Dua Comel!

Share

Setelah habis tempoh berpantang, adik kepada penghibur, Sit Sairah Tarudin ada berkongsi wajah anaknya buat tatapan peminat.

Sairah berbuat demikian menerusi salah satu entri menerusi Instagram.

Selain ramai yang memuji dan mendoakan kesihatan cahaya mata bongsunya itu, ada juga yang menyamakan wajah anak bayi tersebut dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.

Terdahulu, Sairah bersalinkan anak keempatnya pada 12 Disember 2018 lalu.l dan bayi comel terbabit bernama Siti Nurkhalishah Alisha.

Alisha merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya bersama Mohd Sharidan.

Sebelum ini, Sairah mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ummi Umairah, 7 tahun, Ahmad Daiyan, 6 tahun dan Ahmad Aisy, 4 tahun.

Jadi apa pendapat korang, sama atau tidak? Yang penting dua-dya comel

IKLAN