Astro dengan kerjasama TV Sarawak (TVS) bakal menganjurkan Konsert MeleTOP TVS, sebuah acara muzik berskala besar yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tertutup Bandaraya Miri pada 17 Mei ini.
Dengan tema ‘Nang Champiyen Nang Lagend’, konsert ini bakal menghimpunkan ramai artis ternama dan menjadi detik bersejarah buat program MeleTOP yang pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.
Dayang Nurfaizah & Marsha Saling Teruja!
Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah turut meluahkan keterujaannya apabila diberi kepercayaan untuk mempersembahkan sebuah segmen khas dalam konsert tersebut, lebih bermakna kerana ia berlangsung di negeri kelahirannya.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk konsert istimewa ini terutama sekali di negeri kelahiran saya. Walaupun, saya berasal dari Kuching, semangat Borneo itu tetap kuat. Saya tak sabar untuk buat persembahan di sana.
“Jadi kepada peminat yang rindu, kita boleh jumpa nanti dan syukur kerana saya diberi peluang untuk buat satu segmen khas selain akan membawakan beberapa buah lagu.
“Sudah tentulah ini menjadi satu penghormatan buat saya juga. Insya-Allah saya percaya semua yang terlibat pun ingin berikan persembahan terbaik nanti,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi terkenal Marsha Milan pula menyifatkan konsert ini sebagai platform terbaik untuk mempromosikan album terbaharunya, Misompuru.
Ads
Kata pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 itu lagi, dia juga bakal membuat persembahan khas bersama pemenang AJL terdahulu iaitu Amir Jahari yang menggabungkan elemen muzik Sabah dan Sarawak.
“Saya tak sabar untuk menantikan acara ini. Kebetulan saya baru keluarkan album Misompuru. Dalam album itu menggabungkan elemen muzik daripada Sarawak dan Sabah.
“Sudah pasti saya ingin persembahkan lagu-lagu ini di hadapan warga Borneo. Lagu yang akan saya nyanyikan juga ialah hasil ciptaan Amir Jahari.
“Saya yakin suasana konsert ini akan menjadi lebih havoc. Saya akan buat persiapan rapi. Konsert seperti ini perlu diberikan usaha yang lebih,” kongsinya.
Selain Dayang dan Marsha, Konsert MeleTOP TVS bakal digamatkan lagi dengan persembahan barisan artis popular lain seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Hafiz Suip, Stacy dan ramai lagi.
Ads
Hello Miri Menanti, Wani Kayrie Tak Sabar
Dalam pada itu, Astro juga bakal mengadakan sebuah lagi program khas, Hello Miri yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri.
Program ini sebagai sebahagian inisiatif Astro untuk memberi peluang buat warga Miri bertemu dengan artis-artis terkenal tanah air.
Antara selebriti yang terlibat ialah Wani Kayrie yang baru sahaja mencetuskan fenomena menerusi lagu Ketupat Nyam Nyam.
Ads
Menurut Wani, persembahan di program Hello Miri ini sememangnya sangat istimewa kerana ia mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali membuat persembahan di Miri ketika masih bersekolah.
“Saya sangat seronok kerana ini kali kedua saya buat persembahan di Miri setelah sekian lama. Kali terkahir saya buat persembahan adalah ketika saya masih bersekolah dulu.
“Ketika itu, saya masuk ke kawasan pedalaman di sana. Saya hanya tidur di dalam kereta. Bila sampai, saya terus menyanyi. Momen yang paling saya ingat, warga Miri memang sangat ‘sporting’.
“Walaupun nama saya masih belum dikenali saat itu, mereka tetap beri sokongan setiap artis yang buat persembahan,” katanya.
Lebih menarik, pada 9 Mei ini juga akan berlangsung uji bakat Kilauan Emas 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan peminat juga boleh mengunjungi booth Astro selama 3 hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terbaharu Astro.
Konsert MeleTOP TVS bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu kelima Big Stage Alpha menyaksikan tiga peserta yang meraih markah terendah iaitu Afiq Sky, Allan Andersn dan Awienit terselamat daripada penyingkiran.
Mengulas mengenai perkara tersebut, ketua juri, Datuk Syafinaz Selamat memaklumkan keputusan untuk tidak mengadakan penyingkiran pada minggu ini dibuat oleh pihak produksi.
“Itu adalah keputusan daripada pihak produksi. Kalau anda lihat markah-markah daripada pihak juri, Afiq Sky, Allan Andersn dan Awienit berada di tiga terendah.
“Mereka tidak memberikan yang terbaik pada minggu ini sama ada daripada tugasan solo atau berkumpulan,” katanya kepada MH.
Sementara itu, pesersa asal Singapura Izat Ibrahim terus mencipta sukses untuk berada di tangga teratas dua minggu berturut-turut selepas meraih markah tertinggi 83.70%.
Dalam pada itu, Syafinaz akui kurang berpuas hati dengan persembahan berkumpulan daripada Alpha Ultra yang disifatkan seperti tiada persefahaman dan kurang komunikasi.
“Bila mereka bermula daripada enam dan kini lima peserta, kita nampak mereka agak bergelut dari segi komunikasi. Bila mereka tak biasa secara berkumpulan, agak susah untuk serasi.
“Ada diantara mereka punyai energi yang dan tinggi dan rendah. Kita kena berjumpa di tengah-tengah. Saya rasa mereka tak sedar perkara itu.
“Mungkin mereka susah nak bekerjasama atau ada perbezaan dari segi ilmu muzik. Ada diantara mereka seakan susah nak beri kerjasama,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Syafinaz turut memberi amaran kepada para peserta untuk tidak mengambil mudah tugasan persembahan berkumpulan yang menyumbang markah sebanyak 60 peratus.
“Saya harap mereka sedar bahawa markah berkumpulan ini sangat besar. Jika melihat kepada Allen, saya beri 80 markah untuk persembahan solo.
“Bila dicampurkan dengan markah berkumpulan, markahnya jadi sangat rendah. Kehebatan tugasan solo tidak menjanjikan sama ada anda terus berada di atas atau tidak tersingkir.
“Kena hati-hati. Masih ada peserta yang hanya beri perhatian terhadap persembahan solo,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida, berkongsi perjalanan awal dan jatuh bangun mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shahida mengimbau kembali detik-detik ketika mereka baru sahaja memulakan langkah dalam bisnes sekitar tahun 2007 dulu.
Jelas Shahida, ketika itu mereka tidak memilih lokasi jualan dan akan menyertai apa sahaja acara atau karnival yang menyediakan ruang untuk membuka gerai.
“Usaha tidak mengkhianati hasil, 2007 kami start niaga pasar. Di mana ada karnival, ada ruang buka booth semua kami masuk.
“Paling lucu suami carikan saya job makeup pengantin dekat Sungai Buloh dengan upah RM50 sahaja.
“Apa lah khabar pegantin tu ek.. Dia ingat tak dua orang manusia ni makeupkan hari sanding dia,” imbaunya.
Pada hantaran sama, Shahida turut menceritakan detik mereka yang akhirnya berjaya memiliki sebuah bangunan sendiri bagi mengembangkan empayar perniagaan mereka, d’Herbs.
“Wisma ni kami beli tahun 2014, masa tu Alhamdulillah dHerbs mula dikenali, sebelum ni hanya beroperasi di lot kedai.
“Masa nampak bangunan ni tengah dibina, kebetulan sangat dekat dengan rumah kami, terus cadang pindah di sini. Alhamdulillah masih lagi kami di sini,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut bukan sahaja menjadi inspirasi kepada para pengikutnya, malah sudah pun menerima hampir 15,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata, pelakon Adam Lee akui dia dan isteri yang juga aktres, Sweet Qismina kini sama-sama reda dengan perancangan Allah SWT.
Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, sewaktu di awal perkahwinan, dia mudah terasa dan sering tertanya-tanya mengapa mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
“Oktober ini bakal menjadi tahun ketiga kami berkahwin. Sejujurnya, yang mudah terasa soal zuriat ini adalah saya. Saya pun tertanya-tanya kenapa masih tak lekat-lekat lagi.
“Namun, bila memasuki bulan ketiga berkahwin, saya semakin reda dan percaya Allah mahu berikan yang terbaik. Mungkin Allah mahu kami fokus pada kerjaya.
“Bercakap soal zuriat, saya dan isteri tidak stress. Paling seronok bila kedua-dua keluarga juga tidak memberikan tekanan,” katanya kepada MH.
Adam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama ‘Pabila Dia Tersenyum’, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga mengambil inisiatif untuk menjalani pemeriksaan kesuburan lelaki sebagai ikhtiar untuk menimang cahaya mata sulung.
“Kami memang ada berbincang soal zuriat. Kami juga pergi ke hospital yang melakukan pemeriksaan kesihatan. Saya juga ambil inisiatif untuk menjalani ujian kesuburan lelaki.
“Kami teman antara satu sama lain bila jalani proses di hospital. Alhamdulillah, dengan izin Allah, segala keputusan ujian kesihatan itu okay.
“Doktor pun kata bulum rezeki lagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Adam turut menyifatkan ketiadaan cahaya mata ini memberi ruang buat mereka untuk fokus terhadap perkara lain.
“Kami kini sedang sibuk dalam proses untuk siapkan rumah. Ia memerlukan komitmen yang sangat besar dan wang yang banyak.
“Jika Sweet mengandung, mungkin proses ini akan terhenti seketika. Mungkin kini Allah sedang susun satu per satu buat kami,” akhirinya.
Sekadar informasi, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Oktober 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.