Penyanyi Separuh Matiku Bercinta, Dayang Nurfaizah mengakui pernah merancang untuk merakamkan sebuah album asli, namun perancangan tersebut perlu dibuat secara rapi dan terancang demi memastikan kualiti dan kehendak memenuhi cita rasa para peminat setianya.

Mengulas mengenai persembahan mantapnya menerusi segmen lagu tradisional yang diselitkan menerusi konsert solonya di Esplanade, Singapura lalu, penyanyi yang pernah memenangi trofi Juara kategori Etnik kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-19 untuk lagu Erti Hidup ini tidak menafikan impian untuk mempunyai sebuah album asli sudah terpendam sejak sekian lama.

Dayang Nurfaizah Ada Rancang Rakam Album Penuh Lagu-Lagu Asli, Tapi…

IKLAN

“Meski sebelum ini saya pernah rakamkan album yang lebih kurang sama, tetapi ia tidaklah asli secara sepenuhnya kerana masih diterapkan elemen moden. Mungkin selepas ini kalau diberi peluang, saya mahu yang lebih kepada basic, khasnya daripada sisi nyanyian dan muzik. Ya, impian itu memang ada,” katanya kepada MH.

Terdahulu, persembahan penyanyi asal Sarawak ini mendendangkan lagu Selamat Tinggal Bungaku nyanyian asal Allahyarham Tan Sri S.M Salim di Anugerah Bintang Popular lalu juga mendapat pujian ramai.

“Bila diberi peluang untuk menyanyi sebagai memberi penghargaan kepada beliau, saya sendiri yang pilih lagu tersebut kerana ia merupakan antara lagu Allahyarham yang saya suka.

 

Pertama kali nyanyikan lagu tersebut dan kebetulan, kesihatan saya pada waktu itu tidak berapa baik. Oleh sebab itulah, saya cuba nyanyikan ia kembali ketika mengadakan konsert di Singapura lalu,” akhiri Dayang.

Dayang Nurfaizah Ada Rancang Rakam Album Penuh Lagu-Lagu Asli, Tapi…

IKLAN

Terkini, penyanyi tersebut juga bakal membuat persembahan istimewa bersempena dengan Minggu Setiausaha di Hotel Tenera, Bangi pada 25 April depan.

IKLAN

Persembahan eksklusif Luncheon With The Stars – In Celebration of Secretaries Week 2018 itu turut menampilkan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah. Mesti best kan!?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI