Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida, 46, berharap single sulungnya berjudul I Am Me dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Vida berkata, dia memilih lagu Inggeris sebagai single sulungnya supaya ia boleh diterima di seluruh dunia, pemilihan rentak ala K-Pop serta retro dan menampilkan kelainan untuk lagu itu.

Tambah Vida, dia mementingkan konsep dan kualiti serta mahu lagu itu mendapat liputan meluas bukan hanya di Malaysia bahkan antarabangsa.

“Lagu I Am Me akan dilancarkan secara rasminya pada hari Jumaat ini (14 Julai) di semua platform sosial media termasuklah YouTube, iTunes, Spotify dan lain-lain. Manakala muzik videonya akan ditayangkan di platform media sosial pada 1 Ogos,” jelasnya. 

Untuk itu, Vida telah melakukan penggambaran muzik video bersama KRU Music.  Vida juga sanggup melabur modal yang banyak untuk video muzik yang berkualiti bertaraf dunia.

“Alhamdudillah tiga beradik ni bagus buat kerja, mereka membenarkan saya bebas berkarya dan saya sangat senang bekerjasama,” katanya. 

Vida menyarung lima persalinan khas sepanjang penggambaran yang berlangsung selama dua hari itu.

“Saya seorang yang teliti dalam pemilihan design, baju yang ditempah tak pernah saya pakai, tetapi saya terkejut selepas baju itu siap, baju tersebut longgar, rupanya saya kurus dalam dua minggu, cuma ada yang tak boleh masuk seperti sayap.Semuanya atas kuasa produk saya,” ujar Vida lagi

Datuk Seri Vida Melabur Banyak Untuk Klip Video Bertaraf Dunia

Datuk Seri Vida Melabur Banyak Untuk Klip Video Bertaraf Dunia

Selain itu, seperti biasa Vida akan memakai crown yang berlainan dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kali ini, Vida tampil berbeza dengan memakai crown gamat dan delima di atas kepala.

Mengenai nyanyian pula, jelasnya dia tidak kisah jika nyanyiannya dikecam kerana apa yang dia buat sebenarnya mengangkat nama negara Malaysia.

IKLAN

“Biarlah kalau ada yang mengecam, belajarlah seperti orang yang hidup di negara maju seperti American Idol, satu dewan bangun.

 

“Jangan risau lagu ni liriknya sangat positif dan bukan semata-mata untuk saya sahaja, tetapi untuk sesiapa yang rasa down dan tak yakin dengan diri sendiri,” katanya. 

Menurut Vida, lagu itu bukanlah lagu mengenai produknya dan dia sedia menakluki pentas dunia.

Jom layan teaser lagu Datuk vida :

Lagu: I Am Me 

I Want I Want I Want you…

Muah Muah Muah Muah Muaaah…

I Want I Want I Want you…

IKLAN

Muah Muah Muah Muah Muah…

I am Fun..

I am Pretty…

I am Beautiful…

I am Queen…

I Inspire Your Desire…

IKLAN

I am A Diva…Living Lavida…

Come To Me Sayang Sayang Sayang…

Sing With Me Sayang Sayang Sayang…

Come To Me Sayang Sayang Sayang…

Sing With Me Sayang Sayang Sayang…

Meow..!

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI