Baru-baru ini heboh di media sosial yang menceritakan tentang suami kepada penyanyi, Adira, Datuk Red yang sebelum ini dikatakan serius mencari isteri ketiga.

Semalam pula, menerusi akaun Facebook milik Datuk Red, dia telah berkongsi gambar yang telah di screenshot daripada seorang pengguna laman media tersebut dan di ruangan kapsyen pula dia telah mempersoalkan dimanakah etika sebuah klinik yang telah berkongsi maklumat peribadi pesakit kepada orang ramai.

“Mana etika klinik,kau sebagai klinik kner jaga privacy patient,bkan lepas org tu balik je kau trus up status..dikkk..ai sorang je cari publisiti murahan dah le kau jagn le..laporan staff ai u nurse je yunk..hmmm camner para lawyer2 yg bijak bistari kat sni leh x ai saman dorang.biar dorang tau sikit,suh jaga laki sendri x nak.sebuk nak jaga laki org..,”tulis kapsyenya.

Datuk Red Persoal Etika Klinik, Nurse Dedah Kehamilan Isteri Pertama?

Pengikut-pengikut Datuk Red di Facebook juga turut bersetuju dengan apa yang ditulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Zana Nur Ieman: Zaman sekarang klu di malukan di media sosial jawab nye saman je .. Jgn bagi muka ..

Nazrin Norani: Kalau takut kena saman, jgn buat hal2 mcm ni. Ingat FB ni boleh ko buat sesuka hati nak share semua cerita.. pengajaran utk semua. Saman je tok..

IKLAN

Nica Ann: mmg bole saman pn ..sb dia dah mendedahkan maklumat pesakit..akta PDPA…tp datok xya saman laa..kesian datok org2 tak bduit..bg pegajaran je sikit

Ada benarnya apa yang ditulis oleh Datuk Red itu, seharusnya sesebuah klinik yang menyimpan maklumat tentang pesakit tidak boleh sewenang-wenangnya untuk mendedahkan apa-apa maklumat pesakit kepada orang ramai.

IKLAN

Diharap perkara yang berlaku ini diambil sebagai pengajaran kepada semua untuk sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi orang lain kepada umum kerana ianya mungkin boleh memberi kesan negatif kepada individu yang terbabit.

Jika benar berita tentang kehamilan Datin Red ini, kami di MH Online ucapkan tahniah.

Sumber: Facebook Datuk Red

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI