Datuk Aliff Syukri Posing Sambil Tangan Letak Kat Perut Isteri Sambil ‘Minta’ Baby Lagi, Tapi Ini Datin Shahida Jawab!

Share

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang ketika ini berada di China atas urusan kerja ada memuat naik fotonya bersama isteri, Datin Seri Norshahida.

Seperti lazimnya, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini pastinya memberi kapsyen dan entri lucu hingga mendapat perhatian netizen.

Kisahnya, menerusi foto yang dirakam berdua sama isterinya itu, Aliff sengaja posing sambil meletakkan tangan ke bahagian perut isterinya itu.

“Sajee pose tangan mcm tu nak pujuk @shahidadherbs mengandung lagi tahun depan nak baby girl. Tapi kesian dia kata dia dah penat,” tulisnya di Instagram.

Aliff dan isteri setakat ini sudah pun mempunyai empat orang cahaya mata, selain seorang anak angkat.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN