Demi keselamatan, ramai yang sanggup buat apa sahaja, begitulah yang dilalui oleh Abang Terlajak Laris 20 jam yang lalu.
Oleh kerana terlalu bimbangkan keselamatan diri dan tidak mahu mengharapkan perlindungan daripada orang lain, Datuk Aliff Syukri telah ke Balai polis untuk membuat permohonan lesen bersenjata untuk simpanannya.
Aliff berkongsi detik-detik penting ini melalui sebuah posting di Instagram miliknya. Malah, Aliff turut meminta orang ramai berdoa agar permohonannya ini berjaya dan diluluskan demi mempertahankan keselamatannya.
Ramai memuji dengan tindakan bijak Aliff ini.
Malah mereka juga bersetuju individu seperti Aliff harus mengambil tindakan seperti ini dan tidak perlu terlalu mengharapkan perlindungan daripada orang lain.
Namun seperti biasa, ada juga segelintir individu yang kurang bersetuju dengan tindakan Aliff yang terlalu terbuka berkongsi perkara sulit sebegini.
Ada yang beranggapan perkara seperti memiliki senjata api seharusnya tidak boleh dihebohkan dan perlu dirahsiakan.
Mereka juga bimbang jika ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan terhadapnya.
Bagaimanapun harap selepas ini Datuk Aliff Syukri lebih berhati-hati untuk berkongsi update-update seperti ini dan tidak terlalu terbuka memberitahu perkara ini kepada orang ramai.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI