Produser dan pelakon, Datuk A.Aida kini selamat bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon, Ariff Aziz dengan dua kali lafaz kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan di Ballroom, Dorsett Grand Hotel, Subang di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan rapat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Ustaz Mohammad Imran Nasohah.

Datuk A.Aida Sah Jadi Isteri Ariff Aziz

Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29 tahun menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300 termasuk sebentuk cincin manakala wang hantaran sebanyak RM 20,000.

IKLAN

Pada majlis sama, Ariff memberikan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pihak A.Aida.

Antara hantaran daripada pengantin perempuan adalah jam tangan jenama Hublot, cincin, beg bimbit berjenama Louis Vuitton, minyak wangi Channel dan kuih-muih serta manisan

IKLAN

Datuk A.Aida Sah Jadi Isteri Ariff Aziz

Manakala hantaran pengantin lelaki pula adalah wang hantaran, cincin berlian jenama Cartier dan beg tangan jenama Hermes.

IKLAN

A.Aida ketika ditemu bual wartawan meluahkan rasa bersyukurnya setelah semuanya selesai.

“Tak boleh nak gambarkan, rasa bersyukur dan bahagia yang teramat sangat,”katanya.

Ariff juga melahirkan rasa kesyukurannya dan meminta orang ramai mendoakan perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, minta semua doakan bahagia dunia akhirat,”katanya.

Sementara itu, pasangan ini juga turut berkongsi perancangan bulan madu mereka.

“Cadangnya nak cari tempat sejuk, pilihan yang ada sekarang, Australia.

“Jadi InsyaALLAH akan ke sana. Mungkin bulan depan. Tapi, yang penting akan mengerjakan umrah pada Disember ini,”katanya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI