Datin Niena Baharun Dedah Wajah Anak, Jadi Perhatian Peminat & Ramai Memuji!

Share

Pelakon, Datin Niena Baharun berkongsi foto wajah anak perempuannya, Alyssa Marissa bersama peminat.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah selamat melahirkan anak keduanya pada 24 Oktober lalu.

“Assalamualaikum. Good morning from Alyssa Marissa @_alyssamarissa_

“Alyssa with her fav snuggler from @babysnuggler . Since dari baby sampai sekarang dia selesa je duk dalam tu,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian terhadap wajah anak kedua Niena yang kelihata sangat comel.

Untuk rekod, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adiel Mikail yang kini berusia 2 tahun.

Foto: Instagram Niena Baharun

IKLAN