
Selepas mengumumkan kini sedang hamil anak kedua, Datin Elvina Mohamad mengakui fasa kehamilannya kali ini agak berbeza berbanding sebelumnya.
Elvina, 28, mendedahkan, dia tidak berdepan dengan masalah alahan yang teruk dan bersyukur kerana ia dipermudahkan.

“I’m 7 months. Pregnant kali ini rasa macam tak pregnant. Lain sangat compare dengan previous one, time pregnant kan Karl.
“This time morning sickness kejap je dan tak teruk.
No mabuk-mabuk pening semua, no alahan.
“My pregnancy has been very easy so far, Alhamdulillah…,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Bulan lalu ketika usia kandungannya mencecah tujuh bulan, Elvina mengisi masa bercuti ke luar negara bersama keluarga.
Terdahulu, Elvina berkongsi berita kehamilan menerusi Instagram yang turut memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan memegang perutnya sambil bergambar di Disneyland Tokyo.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan juga rakan artis mengucapkan tahniah sekali gus turut gembira dengan khabar itu.
Untuk rekod, Elvina dan Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Doakan Mak Kita Tak Ada Apa-Apa,” – Safiey Illias Luluh Hati Dapat Tahu Ibu Masuk Hospital

Ibu kepada usahawan sensasi, Safiey Illias, 29, kini terpaksa dimasukkan ke hospital susulan masalah kesihatan yang dihadapi.
Menurut Safiey, dia baru mengetahui perkara tersebut dan memohon doa yang baik-baik daripada semua.
“Baru tahu mak aku sakit. Sebab sibuk fikir hal orang lain, jaga hati orang lain, sibuk jaga hati kawan-kawan. Tapi masa kita memerlukan bahu untuk menangis seorang pun tak ada.
“Im feel so bad sbb baru tahu. Anyone yang free boleh hantar kita balik pahang now? Cause kalau aku drive, auto ke dalam,” tulisnya.
Safiey pada masa sama turut mengakui akan kepentingan ahli keluarga.
A post shared by SAFIEY ILLIAS | CEO NUR WANITA (@safieyillias94)
“Sorry. Now masa untuk jaga perasaan sendiri, mak ayah dan adik beradik. Doakan mak kita tak ada apa-apa. Sebab kalau mak kita tak ada, hilang satu keberkataan mustajabnya doa.
“Apa yang kita belajar dan tesedar, hargailah family sendiri adik beradik. Tapi tulah aku bodoh, baik sangag dengan ‘kawan-kawan’.
“Dah terkena banyak kali mana pun, tetap layan baik,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi wargamaya dan rata-ratanya mendoakan agar ibunya segera dikurniakan kesembuhan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Lain daripada yang lain, jenama MCC Lifestyle terus mencipta sukses tersendiri bersempena dengan sambutan Aidilfitri sebagai rangka promosi untuk koleksi baju raya apabila menampilkan 30 penyanyi rockers popular negara di dalam satu projek khas.
Bekerjasama dengan Hombre, pengasasnya Muhammad Nizar Jamaludin menjelaskan ia adalah sesuatu yang mengujakan apatah lagi menerima kerjasama terbaik daripada rockers yang terdiri daripada baharu dan lama.
“Buat kali pertama 30 artis itu dikumpulkan bagi rakaman takbir raya dianjurkan platform perkhidmatan strim filem Melayu, Siar dengan kerjasama Hombre. Rakaman dibuat di Panggung Bandaraya baru-baru ini.
“Kesemua artis segak memakai koleksi kerjasama kami. Antara artis yang terlibat termasuk ialah Zamani Slam, Akhil Hayy, Rahmad Mega, Ameng Spring, Zarul Husin, Datuk Nash, Lan Solo dan ramai lagi.
“Tanda pagar Raya Macam Rockstar, Raya Macam Legend turut dicipta sebagai sokongan kerjasama ini,” katanya yang mengasaskan jenama berkenaan bersama isteri, Nur Hafizah Shaarani.
Genap 10 tahun, pihaknya kali ini turut mengeluarkan lebih 100,000 unit koleksi baju raya, RAVE Raya 2023 selain kerjasama sulung dengan Hombre.
Malah serentak dengan itu juga, jenama berkenaan lebih bersifat interaktif dan inovatif menawarkan MCC Lifestyle Interactive Rave Raya 2023 Lookbook untuk memudahkan pembeli membuat keputusan pembelian dengan lebih sistematik.
“Lookbook atau koleksi foto pakaian dijual ini lebih memudahkan pembeli membeli dalam talian. Ia disifat sebagai strategi promosi untuk menarik pelanggan dan membantu mereka menentukan pilihan yang lebih baik. Ia lebih ‘feel’.
“Lookbook yang bagus juga dapat membantu meningkatkan jualan. Lebih tepat kita nak bantu golongan isteri contohnya buat pilihan untuk diri sendiri, suami dan anak.
“Ada lebih 300 pilihan koleksi ditawarkan. Kita juga tawarkan polisi 90 hari jaminan pulangan wang jika pelanggan tak berpuas hati dengan pembelian. Malah khidmat penasihat fesyen juga diberikan jika ada pelanggan mahukan bantuan atau nasihat,” katanya.
A post shared by MCC Lifestyle (@muslimahclothing)
Mengulas lanjut, RAVE juga turut mempunyai maksud tersendiri.
“R itu merujuk kepada Romantik dengan menampilkan koleksi Abaya, gaun labuh dan jubah. Ada lebih 50 look yang sesuai untuk majlis berbuka puasa atau persalinan menunaikan umrah mahupun haji.
“A pula Anggun menampilkan kurung pelbagai potongan, fabrik dan kemasan. Ada koleksi songket, kurung lace, pleated, lasercut dan sulam. V pula Versatile terdiri daripada koleksi harian seperti blaus, gaun yang sesuai untuk digayakan harian atau majlis rumah terbuka.
“Manakala E pula diambil untuk abjad terakhir ejaan Hombre menerusi 20 warna koleksi baju Melayu Tailored Fit,” katanya lagi.
Malah jenama pelopor kepada tagline Your Labuh & Longgar Specialist ini kekal bertahan di liganya tersendiri selain menawarkan 10 pilihan saiz dari XXS hingga 5XL.
Sementara itu, Nur Hafizah menambah mereka turut menyertai London Modest Runway di Excel London pada 25 dan 26 Februari lalu.
“Untuk pertunjukan fesyen di London itu, kami ketengahkan 16 look bertemakan Summer Raya dan Regal Ramadan selain berpeluang membuka tiga booth di acara itu dan mendapat sambutan menggalakkan dari golongan muslim di sana.
“Malah 8 look diperagakan juga direka khas rakan kerjasama dari Paris. Kami juga berpeluang melebarkan rangkaian di situ sekali gus dalam perancangan meneroka perniagaan pakaian di Timur Tengah iaitu Jordan.
“Insya-Allah, kami dijemput ke sana untuk lawatan lapangan. Malah kos penerbangan dan pengangkutan turut ditanggung pembeli berpotensi,” katanya.
Jenama yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini juga turut menaja baju raya untuk 200 orang wanita asnaf dan kanak-kanak. Majlis penyerahannya akan dibuat 10 terakhir Ramadan ini.
Tak ketinggalan, jenama ini melancarkan Blessed Beyond Belief Program bagi menaja bantuan kewangan bagi pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.
Selain itu, siri 30 Hari Tadabbur Ramadan bersama Pengasas Tadabbur Centre Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman turut diterbitkan menerusi aplikasi sosial Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Konsert Di KL Sukses, Sheila Majid Terharu Sokongan 3,000 Peminat Termasuk Dari Golongan Muda

Selepas hampir 40 tahun bertapak dalam industri seni, Datuk Sheila Majid melahirkan perasaan terharu dan bersyukur kerana lagu-lagu nyanyiannya masih lagi menjadi siulan ramai.
Malah, Sheila, 58, gembira apabila Konsert Sheila Majid & The Big Band Live in KL yang dijayakannya dibanjiri lebih 3,000 peminat termasuk daripada golongan muda.
“Sekarang saya tengok ramai budak-budak muda juga yang layan (lagu-lagu saya).
“Dulu kan selalu mak-mak dan bapa-bapa mereka sahaja tapi sekarang saya tengok ramai budak muda.
“Mungkin bila ada festival, DJ selalu mainkan lagu Sinaran, mereka remixkan dan ia secara tidak langsung memberi nafas baru buat kerjaya saya and in a way it will keep my career longer,” katanya kepada MH.
Sheila ditemui sebaik usai menjayakan Konsert Sheila Majid & The Big Band Live in KL yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Sabtu.
Memulakan persembahan tepat jam 8.45 malam, Sheila yang tampil anggun dengan dua persalinan menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Pengemis Muda, Gerimis Semalam, Rahsia Hati, Ku Mohon, Antara Anyir & Jakarta, Aku Cinta Padamu dan lagu yang paling ditunggu-tunggu ramai, Lagenda serta Sinaran.
Sheila turut mendedikasikan satu segmen khas di mana dia menyanyikan beberapa lagu medley nyanyian Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Getaran Jiwa, Aduh Sayang, Bunyi Gitar dan Manusia.
Sheila menampilkan kelainan dengan membawakan barisan 20 pemuzik yang terdiri daripada pemain saksofon, piano, trumpet dan keyboardist mengiringi persembahannya itu yang diketuai oleh pengarah muzik tersohor Mac Chew.
Menariknya lagi, Sheila turut berkongsi dengan mengimbau kenangan di mana Dewan Merdeka merupakan venue konsert pertamanya pada tahun 1988 dan bersyukur dapat kembali semula ke lokasi sama selepas 35 tahun berlalu.
“Buat anda yang tidak tahu, Dewan Merdeka ini merupakan lokasi konsert pertama saya pada tahun 1988. Rasa gembira dapat kembali semula ke sini.
“Kalau siapa yang pergi konsert itu dan malam ini dia pun berada di sini, anda semua mesti sudah berusia 45 tahun ke atas kan,” seloroh Sheila disambut tawa para penonton.
Konsert Sheila Majid & The Big Band dibawakan penganjur JioBuddy dengan kerjasama Altus Prohouse dan rakan produksi, Level Up.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit foto: Jio Buddy & Echolaliapictures.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

