Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hye Hye Bye Bye, Ezlynn mengakui sepanjang sambutan Ramadan tahun ini, dia melibatkan diri menerusi program Tadarus Al-Quran yang turut disertai ahli keluargnya yang lain.

Katanya selain mencari keberkatan, penglibatan menerusi program keagamaan berkenaan memberi ruang buat dirinya untuk lebih menginsafi diri.

Pada masa sama, ia juga boleh dikatakan sebagai terapi buat dirinya yang tahun lalu berdepan dengan pergolakan rumah tangga bersama bekas suami, Adam Fahmi Shamsuddin penghujung Oktober 2017 lalu.

“Syukur kerana pada tahun ini, saya banyak terlibat dengan program Tadarus Al-Quran. Hampir setiap malam, saya berkesempatan untuk sertai. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ia suatu hal berfaedah dan dapat isi kekosongan daripada melakukan perkara tidak berfaedah.

 

“Daripada lakukan hal sia-sia, lebih baik cari agama. Cintakan Rasul,” katanya jujur kepada MH.

Hadir dalam penampilan muslimah, Ezlynn turut menjelaskan penampilannya yang mengenakan hijab adalah sebagai menghormati bulan ini dan mengharapkan agar ia sekurang-kurangnya dapat menjentik pintu hati agar terus istiqomah untuk mengenakan tudung.

“Belum lagi… InsyaAllah. Doa-doakan saya, amin,” pinta Ezlynn yang baru sahaja terlibat menerusi drama bersiri 30 Juzuk Cinta arahan Zul Huzaimy.

Terdahulu, Ezlynn ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran produk kesihatan, Limeshots yang diasaskan oleh Datin Yulia Rosalina Yusop pada Sabtu lalu di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

IKLAN

Selain Ezlynn, turut sama hadir memeriahkan majlis ialah penyanyi Fynn Jamal, Datin Alyah dan pelakon, Riz Amin.

Limeshots merupakan sebuah produk detox berkualiti yang diformulasi dari Belgium dan sudah pun berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

Ia turut berfungsi dengan baik untuk mengurangkan masalah sembelit, menaikkan seri wajah dan menurunkan berat badan.

IKLAN

Ikuti temu bual bersamanya menerusi FB Live MH.

Ezylnn berkongsi kisah hidup dan perkembangan terbarunya

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 26 May 2018

 

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI