
Tampil dalam solekan minimalis, pelakon asal seberang Tya Arifin yang hadir ke majlis ulang tahun kelahirannya baru-baru ini menjadi bualan netizen.
Bukan hanya ramai yang memuji penampilannya yang serba sederhana tetapi kekal menawan pada sambutan hari jadinya itu, ada juga netizen yang mulai membandingkan figura wajahnya dengan aktres, Fazura.
Kata mereka, sekali imbas sudut gambar yang diambil persis pelakon cantik berkenaan.
Beberapa foto yang dimuat naik ibu kepada Arif Jiwa Asyraf menerusi akaun Instagramnya.
“Mekap plus hairdo acak-acak by me,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramCan’t move on ??? (Makeup + hairdo acak acak by me?)
A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
View this post on InstagramAlhamdulillah, Terimakasih Ya Allah??
A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
Tapi memang nampak sekali imbas macam Fazura kan? Ke tidak?
Foto: Instagram Tya Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Diizinkan Saya Berkongsi Kasih Dengannya…,” – Zarina Zainuddin Rasa Kasih Buat Madu, Sanjung Akan Kemuliaan Hatinya

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi keindahan hidup bersama madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor yang disifatkan sebagai insan yang sangat disanjungi.
Jelasnya, wanita itu banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar.
Malah, jelas ibu kepada empat orang anak itu lagi, Noorhasimah tetap setia di sisi saat dia kehilangan datuk dan nenek dan menenangkannya saat dia tidak mampu melakukan apa-apa.
Luah Zarina jujur, kasih sayang terhadap suami sama taranya dengan sayang kepada wanita itu.
“Insan yang amat saya sanjungi
“Yang mengajar saya tentang kehidupan yang selalu menegur salah saya yang membimbing saya ke jalan yang benar.
“Lama saya berkongsi hidup dengannya suka duka dia tetap ada disisi sampailah saat kematiaan nenek atok saya.
“Dia tetap ada tenteramkan keadaan bacakan Yassin ikut saya balik kampung saya yang termanggu dia ada tak banyak bicara dia buat apa yang patut saya serba kekurangan dia tutup kekurangan saya.
“Diizinkan saya berkongsi kasih dengannya saya yg tak pandai di ajar saya berniaga saya di beri carum epf saya ada diberi gaji bulan bulan sampailah sekarang saya ada epf ini semua berkat saya bekerja dengannya dulu.
“Dan sekarang syarikat tu tetap kami teruskan walaupun tak gah di mata orang tapi bagi saya itulah asal saya melabuhkan diri belajar tentang kehidupan.
“Saya tak pandai pun tapi saya cekal sebab saya yakin Allah sayang orang yg sabar yang rajin berusaha yang tidak putus asa ..Macamana banyaknya saya sayang suami saya begitu juga banyaknya saya saya padanya.
“Saya banyak buat salah dalam hidup tapi Allah sayangkan saya diberi saya peluang perbaiki hidup saya.
“Semuga Ramadhan kali ini dapat menginsafkan kita sesungguhnya takdir Allah itu indah sabar redho syukur nikmat Allah.
“Hargai yang ada didepan mata bila dah tiada hanya kenagan menggamit rasa,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Benda Saya Kena Capai Sebelum Kahwin,” – Syukur Allah Makbul Doa, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Baru

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia baru sahaja menghadiahkan kedua ibunya itu sebuah rumah baru.
Menurut Ayda, dia berasa sangat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya itu sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.
“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.
“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah,” luahnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ayda turut menyifatkan segala usaha dan kerja kerasnya selama ini hanyalah semata-mata demi membahagiakan kedua ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya.
“Mama selalu call pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’ Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik.
“I love you. I will always takecare of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ayda akan lebih sukses pada masa akan datang.
Baru-baru ini, Ayda baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama pengacara, Nabil Mahir.
Majlis tersebut dijadualkan bakal berlansung pada tanggal 1 Januari 2021.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuk Sahar Bahagiakan Isteri, Hadiahkan Iphone 12! – “Baru-Baru Ini, Wife Agak Merajuk Sebab Saya Tak Ada Masa Untuk Dia.”

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar baru-baru ini ada memberikan kejutan berupa telefon bimbit terkini model iphone 12 khusus buat isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Ini kerana, menurut Shuk, isterinya itu sudah pun lama menyimpan hasrat untuk menggunakan telefon bimbit jenama berkenaan selain sebelum ini dia juga jarang dapat isi masa bersama atas komitmen kerja.
Shuk berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan video yang boleh ditonton dalam versi penuh menerusi saluran YouTube rasminya.
“Asalamualaikum guys… Baru2 ni wife saya agak merajuk dekat saya. Sebab saya takde masa untuk dia.
“Kadang2 balik rumah tu cuma berlaga bahu saje..tak sempat nak borak2..balik rumah kadang2 terus letak kan kepala dekat bantal.
“So dia agak monyok sikit sejak dua menjak ni. So saye sebagai suami yang baik dan gentlement! Saya beri dia kejutan yang tak di sangkah2 guys.
“Sebenarnya wife saya teringin sangat nak pakai iphone..jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iphone! So nak tengok full video boleh pergi ke shukchannel!
Korang mesti tak percaya berapa harga iphone tu..saya dapat murah gila!,” tulisnya panjang lebar menerusi kapsyen di Instagram.
Terdahulu, Shuk dan isterinya yang mesra disapa sebagai Sera, mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI