“Dari Remaja Hingga Kahwin, Paling Jaga Solat…,” – Ebit Lew Ziarah Suami & Keluarga Wanita Terbakar Dalam Kemalangan

Share

Dermawan dan pendakwah, Ustaz Ebit Lew tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak saat menziarahi suami dan keluarga kepada wanita yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Menurut Uztaz Ebit, dia amat kagum dengan keperibadian arwah yang dikatakan sangat gemar melakukan perkara yang baik dan menjaga amalan agama.

“Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik dari Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad saw.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah Nurul Nazihah dan hadiahkan syurga Firdaus buat Nurul Nazihah.

“Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah,” tulisnya.

Video pertemuan tersebut dikongsikan sendiri Ustaz Ebit menerusi akaun Instagram miliknya.

Lantaran itu, Ustaz Ebit berharap agar suami serta keluarga diberikan kekutan bagi menempuh detik sukar ini.

“Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwah ini.

“Sampai tadi mereka menangis gembira terharu diziarah. Berkongsi mereka terpilih oleh Allah kerana sayang Allah pada mereka. Sayu lihat wajah suami, mak ayah dan adik beradik arwah.

“Baik-baik semuanya. Semoga terus kuat dan tabah ya. InsyaAllah jumpa semula di sana nanti dalam syurga. Amin,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat pertemuan tersebut selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Terdahulu, dua orang dilaporkan maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

Mangsa yang maut adalah penumpang Proton Wira, Nurul Nazihah, 28 dan seorang lagi mangsa tidak dikenal pasti.

Baru-baru ini, tular video, suami Nurul Nazihah menangis meraung setelah melihat kenderaan yang dinaiki mereka hangus terbakar ditenteramkan orang ramai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew

IKLAN