Pelakon baru, Amirul Asyhwad mendedahkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai penjara dan khidmatnya telah pun tamat hujung 2020 lalu.
Kini, Amirul atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Asywad Ahmad Nizan, 25, memilih untuk terus fokus dalam dunia lakonan memandangkan profesion sebelumnya ini adalah sebagai memenuhi permintaan kedua orang tua.
“Jujurnya, kerjaya sebagai penjawat awam dijawat demi memenuhi kehendak orang tua saya.
“Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan.
Ads
“Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan, lantas mengejar impian menjadi pelakon,” katanya.
Kemunculannya menerusi drama Budak Tebing 2 yang bersiaran di TV3 baru-baru ini turut menjadi pemangkin buatnya untuk terus mengejar cita-cita.
Ads
Meski ia hanya watak sampingan, namun perkara tersebut setidak-tidaknya memberi impak selain tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
Ads
“Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya. Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero,” katanya lagi.
Penyanyi dan usahawan Datin Alyah mengakui ruang masanya bersama suami, maesrto muzik Datuk Ramli MS menjadi agak terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV) setiap tahun.
Alyah bagaimanapun menjelaskan, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan lapan musim. Malah dia turut menyokong rakan seperjuangan yang turut sama bertanding dalam program itu.
“Jujurnya tiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang dapat makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.
“Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.
“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya.
Alyah ditemui pada majlis memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di samping pengasasnya, Puan Erna Elliyana Rosli di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.
Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.
Bintang asal Johor ini juga percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik menerusi Kamya Glow serta kolagen marin di dalamnya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya.
Alyah juga terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.
“Rasa bersyukur sangatlah… pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. Terkejut juga saya. Saya tidaklah penyanyi viral sana-sini.
“Tapi bagi saya itu rahmat paling besar dariNya. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya yang bakal melancarkan single baru awal tahun hadapan.
Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma.
Lalu, 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.
Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan webiste rasmi mereka.
Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada.
Lebih menarik, pihaknya juga bakal mengadakan promosi jualan akhir tahun pada Disember ini bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagai menepati ramalan, penyanyi, Haqiem Rusli sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang anugerah bagi ketegori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 yang berlangsung pada Sabtu.
Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan cabaran daripada empat pesaing lain iaitu Azzam Sham, Naqiu, Khai Bahar dan Amir Masdi.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh pelakon dan pengacara, Nabila Huda.
Dalam pengucapannya ketika naik ke pentas untuk mengambil trofi, Haqiem telah pun membuat pengumuman istimewa yang nyata menggembirakan hati banyak pihak.
Menurut penyanyi lagu, Tergantung Sepi ini, dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan pada 19 November ini.
“Terima kasih kepada Allah SWT untuk rezeki pada hari ini. Terima kasih juga kepada ABPBH, TV3, mak dan abah, keluarga, kawan-kawan dan sahabat.
Tidak dilupakan juga kepada Qiemilio.
“Di sini saya ingin mengumumkan sedikit pada 19 November ini saya akan barnikah. Jadi, saya minta doa yang baik-baik daripada anda semua. Terima kasih,” katanya.
Dikesempatan itu juga, Haqiem turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar urusan perkahwinannya itu akan dipermudahkan dari awal hingga ke akhir.
Menerusi temu bual di belakang pentas, Haqiem turut memaklumkan dia bakal melancarkan sebuah lagu pada hari pernikahannya itu nanti.
“Pada hari itu nanti, InsyaAllah kita akan lancarkan sebuah lagu khas untuk kami.
“Sebagai seorang penyanyi, untuk kekal relavan, kena ada lagu yang sedap. Kalai pelakon mereka kena ada cerita yang best. Jadi kita kena ada produk sendiri untuk kekal relavan,” kongsinya lagi.
Menerusi pemerhatian MH di laman Twitter, rata-rata peminat turut berkongsi rasa gembira selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan hari bahagianya itu.
Pada malam ABPBH34, Haqiem turut telah menggamatkan suasana menerusi persembahan penutup bersama dua orang penyanyi senior Datuk Zainal Abidin dan Hazama menerusi lagu Satu.
Sumber: Youtube TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Mawar Rashid berkongsi cerita saat dia hadir bagi menyaksikan secara langsung nyanyian persembahan abang iparnya, Datuk Fazley Yaakob di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Menurut Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, orang yang menitiskan air mata saat menonton persembahan Fazley. ketika menyaksikan persembahan Fazley di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan tahniah kepada Fazley kerana berjaya melakukan persembahan yang menyentuh perasaan ramai.
“Pergi GV semalam pakai sliper je sebab tertinggal heels loooove you daddy.
Congrats balong @fazleyyaakob for your performance.
“Masa balong perform, kiri kanan orang menangis and congrats juga kepada semua peserta GV8.
“Best layan GV tiap2 tahun. Sedih next week tak dapat join sbb dah start shoot,” tulisnya.