“Dari Mereka Usia 6 Dan 4 Tahun, Masa Saya Luangkan Dengan Mereka Sangat Sikit,” – DJ Lin Kenang Balik, Monolog Dalam Diri Sebab…

Share

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid mengakui dia sebelum ini kurang isi masa bersama dua anak demi komitmen kerja dan mencari rezeki.

Menurut DJ Lin, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan sementah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Paling menduga bila sama tak banyak isi masa banyak dengan mereka. Anak saya yang sulung sudah berumur 20 tahun dan yang bongsu, 18 tahun. Dari mereka usia enam dan empat tahun, masa saya luangkan dengan mereka sangat sikit.

“Mereka banyak membesar secara sendiri sebab masa saya banyak habis di pejabat. Dari dahulu sampailah sekarang, sudah terbiasa. Bukan nak kata kita abaikan tanggungjawab yang ada di rumah, tidak. Tapi anak-anak saya melihat sendiri ibunya susah payah cari rezeki,” katanya.

DJ Lin bagaimanapun bersyukur kerana anak-anak memahami keadaan dan kini mulai optimis untuk meluangkan masa bersama mereka.

“Sampai mereka sudah faham dan mereka membesar berdua. Sebab itulah keduanya rapat. Malah mereka faham, ibunya bukan suka-suka nak tinggalkan rumah. Rasanya daripada diaorang kecil sampai sekarang, tak pernah sekali saya abaikan mereka,” katanya.

“Cuma dua tiga tahun kebelakangan ini saya monolog dengan diri. Kena juga cari waktu untuk isi masa dengan anak-anak. Saya mula belajar untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Perkara tersebut dikongsikan DJ Lin menerusi #MHThrowBack sebelum ini.

Menerusi program sama, bintang radio berusia 46 tahun itu turut memberikan ulasan mengenai ruitn hidupnya sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

Untuk rekod, DJ Lin bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nureen Aresya dan Nazren Asyran.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN