Konsert MeleTOP TVS melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Stadium Tertutup Miri, pada Sabtu lalu.
Meskipun cuaca pada awalnya sedikit renyai, ia bagaimanapun tidak menghalang lebih 2,500 warga Sarawak membanjiri lokasi konsert untuk menyaksikan persembahan hebat daripada barisan artis ternama.
Tepat jam 9 malam, konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan muzik tempatan, Sada Borneo, diiringi persembahan tarian ngajat oleh penari cilik, Dion Das, yang mencuri perhatian dengan kelincahannya.
Aksi energetik dan persembahan bertenaga di pentas kemudian digamatkan dengan persembahan dua figura yang sinonim digelar ‘dance queen’ iaitu Mimi Fly dan Stacy Anam.
Ads
Buat pertama kali, mereka berpadu suara menyampaikan lagu Angkat, lengkap dengan tarian yang memukau.
Tidak ketinggalan, kehebatan vokal Marsha dan Nadeera Zaini menerusi lagu Hening Rindu serta Bukan Lagi Kita turut berjaya ‘menawan’ penonton hingga persembahab mereka menerima ‘standing ovation’.
Malah Nadeera turut diberikan penghormatan menyampaikan lagu Hakikat Cinta dan Erti Hidup sebagai tribute buat Dayang Nurfaizah yang menerima Anugerah Khas MeleTOP Borneo atas sumbangannya dalam industri muzik selama lebih dua dekad.
Ads
Momen Viral Dayang & Hael, Penutup Yang ‘Menyala’!
Selain persembahan dan celoteh barisan hos, detik mencuri tumpuan juga tentunya tertumpu kepada persembahan duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menerusi lagu Haram.
Keserasian mereka bukan sahaja menyentuh emosi, malah momen mesra Hael yang menyentuh dagu dan tangan Dayang turut mencetuskan tular di media sosial.
Ads
Konsert kemudian ditutup dengan persembahan bertenaga daripada Floor 88 dan Dolla, menandakan kemuncak acara yang julung kali diadakan ini.
Diserikan lagi oleh enam pengacara berkarisma iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad, Cheryl Toh, Ghaz Zawawi dan Fattah Bolkiah, konsert MeleTOP TVS nyata meninggalkan impak luar biasa di hati para penonton yang hadir memenuhi stadium!
Siaran ulangan boleh di strim di Astro GO atau bakal ditayangkan pada 24 Mei, di Astro Ria, 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan rasa sedih kerana tidak berpeluang untuk meraikan Hari Natal bersama ibu dan keluarganya pada tahun ini.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan keluarganya yang menetap di Filipina oleh kerana penularan wabak Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia.
Di samping mengimbau kenangan sambutan Hari Natal tahun lalu, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap pandemik Covid-19 segera berakhir supaya boleh bertemu dengan keluarganya.
“Merry Christmas to my Mom and my family in Cebu, Video ni tahun lepas tahun ni tak boleh balik.
“Insyaallah akan balik bila Pendemic dah tiada, Happy holidays to everyone,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“90 peratus hal rumah tangga yang didedahkan di media sosial biasanya tidak dapat diselamatkan.”
Demikian kata pendakwah bebas dan motivator, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof sebagai mengulas tindakan sesetengah suami isteri yang berkongsi mengenai kemelut rumah tangga mereka di alam maya yang sekali gus boleh membuka aib pasangan.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) berkata, hal tersebut bukanlah menjadi jalan terbaik dalam menyelesaikan konflik rumah tangga yang berlaku.
“Sebab itu, saya boleh katakan ia suatu yang normal bila kita berumah tangga akan menghadapi masalah.
“Maka jangan menggunakan media sosial kerana di situ percayalah, lebih ramai orang yang ‘bertepuk tangan’ di atas musibah yang kita hadapi. Berbanding yang nak mendoakan kebaikan.
“Nasihat saya, apapun masalah yang berlaku biarlah apa yang berlaku di dalam (rumah tangga), kekallah di dalam. Pada masa sama kita cari jalan penyelesaian.
“Kalau Allah SWT izinkan… tidak panjang jodoh sekalipun, sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh berkawan, mungkin kerana anak dan sebagainya.
“Kita dengan mak ayah pasangan sebagai mertua (pertalian) sampai sepanjang hayat. Jadi tak perlu bergaduhlah,” katanya lagi.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyampaian Profesional Certificate & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Asri Ahmad Academy dan Maahad Integrasi MADAD di Hotel Tenera, Bangi, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, tindakan membuka pekung pasangan juga antara salah satu dosa besar yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.
“Jelas, nabi sebut dalam hadis, di antara perkara yang membawa kepada dosa besar ialah menyebarkan aib pasangan, tak kisah suami, isteri atau pun ahli keluarga terdekat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilahirkan pada 17 Julai lalu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor, putera kedua Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberi nama Tunku Abu Bakar Ibrahim.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataannya menyebut, pihak istana suka cita mengumumkan nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Pasangan diraja ini disatukan bersama Che Puan Khaleeda pada 2014 dan mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun 2016 dan putera pertama yang juga pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada Oktober 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...