Penyanyi, Ezad Lazim memberitahu ada menerima ‘direct message’ daripada seorang yang tidak dikenali di akaun Instagram miliknya.
Kongsi penyanyi berusia 41 tahun ini, dia telah menerima mesej yang berunsur cacian.
Lalu, Ezad meluahkan rasa kesal dan menyifat tindakatersebut sebagai satu sikap yang tidak bermoral.
“Dah dah la tu dik oiii…Bawak bertenang k…dah block dah haritu…adik bukak acc lain pulak….??
Ads
“Kang elok adik cari kerja yg berfaedah time covid 19..doakan kita semua dipermudahkan kesulitan itupun dah terbaik dik…
“dari duk mengkhinzir kan orang….. tak membantu negara langsung dari segi sosial mental mahupun ekonomi….(maaf abang terlebih pulak susun ayat ni),” tulisnya.
Ads
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa marah dengan tindakan individu berkenaan.
Foto: Instagram Ezad Lazim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shima Anuar berkongsi detik cemas selepas dikatakan terjatuh di dalam rumahnya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahinya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, dahi Shima dilihat telah terkoyak dah dia tidak ingat bagaimana kejadian sebelum insiden tersebut boleh berlaku.
“My husband ingat I dari bilik the kids. Tu yang ingat kena bucu pintu. But actually I pergi toilet and rasa nak pitam. So I think sama ada kena bucu almari or dinding. Sewel jap tak ingat apa,” tulisnya.
Melihat di ruangan kapsyen pula, Shima menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaannya itu.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan dia hanya dirawat oleh suaminya kerana bimbang untuk berjumpa dengan doktor.
“I’m good alhamdulillah. Don’t worry. Still ingat macam mana nak buat @laksambys hahaha! Takpe sabtu ahad tak buat laksam, so boleh rest. I will keep this video here just in case korang ada incident macam ni kat rumah and tau apa nak buat.
“I tak pegi clinic pun sbb takut kena jahit ke apa ke. So far semua ok dah. Thank you for your concern everyone!,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat kecederaan tersebut selain turut memberikan tips dan nasihat untuk menjaga luka tersebut.
Sumber: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Norman Hakim telah menyertai sebuah operasi bagi membanteras lanun cetak rompak bersama pihak berkuasa dengan kelolaan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Norman, serbuan tersebut dibuat hasil daripada risikan pihak polis dan itu merupakan operasi sebenar.
“Cerita lewat malam tadi. Salah satu dari 2 serbuan. Ini bukan ‘cobaan’, bukan lakonan, ini ‘betul2’, ini realiti. Bukan main redah, tapi dah lama buat penyamaran dan risikan oleh team Skuad Banteras
“Ada lagi lanun vcd & dvd cetak rompak ni. Cuma malam tadi dapat ‘ikan bilis’ je. Perasaan berbaur. Ada rasa kesian & marah. Kesian sebab ‘ikan bilis’ ni pun berniaga untuk survival hidup dan dipergunakan oleh ‘jerung’ yang masih berleluasa,” tulisnya.
Jelas pelakon drama, Gerak Khas itu lagi, dia sememangnya berasa amat geram dengan perbuatan tersebut kerana menyifatkan golongan ini seolah-olah tidak menghargai usaha para penggiat seni.
“Yang jadi marah sebab memperniagakan karya kreatif yang dirompak sewenang-wenangnya untuk untung atas angin. Undang-undang tetap undang-undang.
“Alhamdulillah semua pegawai-pegawai Penguatkuasa Skuad Banteras amat efisien berdasarkan latihan & pengalaman.
Meskipun segalanya dilihat berjalan dengan agak lancar, Norman bagaimanapun mendedahkan operasi mereka telah diekori individu yang tidak dikenali sewaktu melakukan serbuan di lokasi yang kedua.
“Tidak berlaku sebarang provokasi & kekerasan. Semua berjalan lancar walaupun masing-masing ada senjata. Cuma dalam serbuan ke-2 kami diekori rapat oleh tonto
“Ini sekadar ‘teaser’. Boleh tengok full video. Nanti akan saya share. Misi seterusnya lepas ni untuk serbu ke alamat-alamat mereka yang tak bertanggungjawab yang suka download link & share karya kreatif secara percuma tanpa izin. Ada dah alamat ni. Agak-agak siapa yg kena ek? TUNGGU!!,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perkongsian tersebut dan berharap agar jenayah seperti ini dapat segera dihapuskan.
Dalam perkembangan lain, Norman bakal tampil menerusi drama Gerak Khas The Finale yang akan mula bersiaran pada hari ini di saluran TV3.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...