Pelakon dan penyanyi, Alif Satar memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 kepada peminat dan apa yang berlaku disifatkan sebagai mengejut dan mendukacitakan.

Jelas Alif, dia telah pun melakukan beberapa ujian saringan, bagaimanapun status terkini menunjukkan dirinya didapati positif.

“Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.

IKLAN

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari,” terangnya.

Perkara tersebut diberitahu bapa kepada tiga cahaya mata ini menerusi hantaran terkini di Instagram hari ini.

IKLAN

“Telah Beri Nama Kepada KKM, Kontak Rapat Yang Dikenal Pasti Dalam Tempoh 14 Hari,” – Alif Satar Positif Covid-19

Pada masa sama, Alif turut memohon atas atas hal yang berlaku seterusnya meminta ramai agar mendoakan yang terbaik.

IKLAN

“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin,” tulisnya.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti yang turut terkejut menzahirkan ucapan serta mendoakan agar bintang ini segera sembuh.

Foto: Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI