Penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) malam tadi mencuri perhatian netizen.
Mengenakan dress sarat perincian rekaan pereka Razman Razmi dalam rona merah jambu, aksesori kepala ‘ala toncet’ yang dikenakan penyanyi Ku Ikhlaskan itu nyata menerima reaksi pelbagai.
Perkhabaran mengenai harga barangan mungkin meningkat sehingga 60 peratus pada bulan depan pastinya meresahkan semua pengguna.
Perkara ini turut sama dirasai usahawan selebriti, Mila Jirin yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneliti dan bertindak menangani isu berkenaan.
Mila yang mengusahkan perniagaan katering menerusi perkongsiannya di Instagram berkata ada di kalangan pemborong yang sudah mula mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Banyak pemborong bahan asas ambil kesempatan di atas isu Gaji Minima yang dinaikkan 25 peratus.
“Mohon bantuan daripada pihak kerajaan meneliti dan bertindak bagi isu “Kenaikan Harga Barang Asas” @kpdnhep.
“Bahan asas dijangka naik hingga 60 peratus adalah tidak seimbang.
“Saya juga majikan, dalam satu syarikat bukan keseluruhan pekerja bergaji RM1,200, kurang daripada 5 peratus bergaji RM1,200,” tulisnya.
Menurut Mila, jika dibiarkan pemborong berterusan mengambil kesempatan, selaku pengusaha makanan, Mila berasa berat hati terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan isu semasa yang sedang berlaku pada ketika ini.
“Saya kira jika ini tidak dibendung, pihak-pihak pemborong mula naikkan harga barang asas dan kesemua peniaga yang terlibat dalam industri makanan juga dengan berat hati perlu naikkan harga jualan dan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perkembangan perniagaan yang baru mula kencang selepas penutupan (akibat PKP).
“Dan kesan akan terpalit kepada pembeli… Apa guna GAJI MINIMA DINAIKKAN 25 PERATUS DAN KOS KEHIDUPAN NAIK MENCANAK-CANAK?” tulis Mila lagi.
Sekadar informasi, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 35, mula menceburi bidang seni selepas memenangi program Akademi Fantasia musim kelima pada 2007.
Beberapa tahun selepas itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula memperlahankan karier nyanyian selepas menceburkan diri dalam bidang perniagaan katering dan pengurusan majlis perkahwinan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pencipta lagu, Amir Jahari,l berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya Jahari Seman telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20 Mei lalu.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Amir menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.
Menurut Amir, arwah bapanya itu meninggal dunia tepat jam 10.08 malam dan dikebumikan pada keesokkan harinya di Tanah Perkuburan Semariang, Sarawak.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami SI (B) Jahari Bin Seman telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:08 malam, 20/5/2022 (18 Syawal 1443H),” tulisnya di Twitter.
Posting yang sama turut dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Juga Manusia ini turut berharap agar semua pihak dapat manjatkan doa semua arwah bapanya itu ditempatkan dikalangan orang beriman.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Amin ya Rabbal ‘alamin,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Amir dan seluruh ahli keluarganya.
“Salam takziah buat Amir sekeluarga
“Takziah Amir kerana kehilangan bapa tercinta. Semoga dia sentiasa tenang di alam sana.
“Turut berduka cita. Salam takziah. Al-fatihah buat Almarhum.
“Salam takziah. Semoga arwah ayah saudara diberikan taman-taman syurga.
“Semoga awak sekeluarga sentiasa diberikan kekuatan. Salam takziah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amir Jahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ‘menjemput’ para usahawan malah netizen di luar sana berjumpa dan bercakap depan-depan tentang bagaimana menyediakan bisnes untuk bertahan sepanjang fasa mencabar ini.
Menurutnya, pasukan RichWorks bakal menganjurkan program 10x Bina Bisnes Berjaya 2022 – Bangkit Bisnes Dari Krisis supaya dapat menyokong bangsa usahawan ketika ini.
“Program ini tiada online langsung, 100 peratus diadakan secara fizikal di mana anda perlu hadir ke dewan.
“Tak ada lari-lari, sembunyi dalam kereta atau gua. Tak puas hati datang cakap berdepan, jangan pakai akaun palsu, nama entah apa-apa komen, ini semua loser,” jelasnya langsung dari Amerika Syarikat baru-baru ini.
Terdahulu, tular bila seorang YouTuber, Jebat Derhaka mempersoalkan RichWorks sebagai tempat melahirkan usahawan jutawan malah skim cepat kaya hingga menimbulkan pelbagai komen netizen termasuk artis rap terkenal, Caprice.
Komen-komen diterima hingga mempersoalkan keberkesanan bimbingan dan latihan diberikan RichWorks malah dikatakan mahal, soal kekayaan, berniaga air liur malah membangkitkan mengenai produk Jajan Jijan.
Tambah Azizan, program itu ditaja sepenuhnya sempena ulang tahun ke-14 RichWorks bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC).
“Bangsa usahawan bakal dipersiapkan dengan strategi dan panduan secara langsung bagi menyediakan mereka menguruskan bisnes semasa tempoh mencabar ini.
“Ini bukan kelas motivasi, ini kelas strategi yang mana mereka akan belajar tentang apa saya lalui di sini (Columbia Business School) agar mampu urus keadaan krisis ekonomi dalaman malah luaran,” tegasnya.
Sehubungan itu, Azizan nak bercakap dengan usahawan, pengasas perniagaan, pengilang, pengeluar tidak kira peniaga mikro, kecil dan sederhana, selagi melakukan bisnes dalam pelbagai industri.
“Mereka akan lebih jelas, nampak dan tahu apa pelan segera yang perlu dibuat sekurang-kurang dapat survive dalam tempoh mencabar ini.
“Bagi bangsa usahawan yang tak boleh tidur malam disebabkan bisnes bila memikirkan soal jualan, pelanggan, kos barangan dan tak tahu macam mana nak urus situasi ketika ini, anda dijemput pohon untuk sertai,” jelasnya.
Jelas Azizan lagi, bukan mengenai betapa ramai orang yang sertai program itu nanti, tapi betapa ramai orang betul-betul berniaga yang kami boleh sokong dan hasilkan pencapaian mereka.
“Akhirnya, benda kita pentingkan adalah result matters. Kita sembang results boleh, kita tak sembang kari,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai produk Jajan Jijan, Azizan memberitahu, ia dikeluarkan sebagai kajian kes bagaimana nak mengeluarkan produk dalam program dijalankan sebelum ini.
“Haters suka nak spin, masa itu saya keluarkan produk keropok pedas untuk buat demonstrasi dalam kelas Marketing Power.
“Kami tempah 3,000 keropok dibawa dalam dewan dan tak sampai 5 minit sudah habis. Kami minta tambah lagi, namun pembekal tak mampu nak hantar disebabkan ikan dan pekerja tak cukup yang kemudian dijadikan kajian kes kepada peserta kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, usahawan berminat boleh pohon segera di laman web binabisnesberjaya.com malah RichWork juga akan sediakan sesi bonus secara online nanti.
“Program ini juga bagi usahawan-usahawan yang hadiri program RichWorks secara virtual sejak pandemik 2 tahun lalu,” ujarnya lagi.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.