Semalam menyaksikan pasangan duo pilihan ramai, Syamel dan Ernie Zakri membawa pulang trofi Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31) untuk kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Susulan itu, Syamel ada memuat naik ucapan penghargaan khusus kepada peminat dan juga teman duetnya, Ernie di laman Instagramnya.

“Kegigihan jari anda amat dihargai. To @syamelovers @ernienators_official dan semua yang menyokong dan menjerit high note semalam..Iols heart is so tissue.

 

“Terima kasih kerana menghadiahkan kemenangan semalam. I love you guys so much. Tidak dilupakan terima kasih si comel berambut maggie bertepekkan topi senget di atas kepala semalam @erniezakri kerana sudi berduet dengan saya.

 

“Dan minta maaf untuk ucapan awkward kami. *hope Ernie dapat pertimbangkan untuk bagi saya simpan piala tu sebab sekarang piala ada dengan dia,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan Ernie membalas ‘permintaan’ Syamel itu di ruangan komen.

“Nanti bawa contract malam ni perjanjian ‘simpan separuh tahun’,” tulisnya.

“Dapat Pertimbangkan Untuk…,” – Apa Lagi Permintaan Syamel Pada Ernie Zakri?

IKLAN

Bagaimanapun, para peminat nampaknya mempunyai solusi yang lebih mudah buat kedua-dua mereka dengan menyuruh Syamel dan Ernie berkahwin.

“Dapat Pertimbangkan Untuk…,” – Apa Lagi Permintaan Syamel Pada Ernie Zakri?

IKLAN

“Dapat Pertimbangkan Untuk…,” – Apa Lagi Permintaan Syamel Pada Ernie Zakri?

“Dapat Pertimbangkan Untuk…,” – Apa Lagi Permintaan Syamel Pada Ernie Zakri?

IKLAN

“Dapat Pertimbangkan Untuk…,” – Apa Lagi Permintaan Syamel Pada Ernie Zakri?

Pada MH, bagus juga cadangan netizen itu kan? Lagipun kalau mereka berkahwin, selesai isu trofi tersebut.

Apa-apapun, tahniah MH ucapkan kepada Syamel dan Ernie.

Foto/Instagram: Syamel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI