Pelakon dan penyanyi, Aman Nassim menerusi Harian Metro hari ini mengakui rasa tidak sedap hati apabila bapanya yang menderita akibat kanser telah memanggilnya pulang ke Johor Bahru selepas mendapat panggilan telefon dari keluarga kelmarin.

Katanya lagi, bapanya telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru  pada Sabtu lalu bagi menjalani rawatan darah kerana menghidap kanser.

Lebih memberi kesan, ia berlaku kurang seminggu daripada tarikh akad nikah bintang berusia 29 tahun itu bersama pasangannya, Baizura Ghani yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

“Abah dimasukkan ke wad pada Sabtu lalu untuk menjalani rawatan darah kerana dia menghidap kanser.

“Tapi pada kelmarin, saya dapat panggilan daripada keluarga memberitahu abah menyuruh saya pulang ke Johor Bahru dengan segera.

IKLAN

“Ketika mendapat panggilan itu, saya sudah rasa tak sedap hati dan sebaik saja tiba di hospital semalam, doktor memberitahu kuman sudah merebak cepat ke dalam saluran darah,” katanya seperti yang dipetik.

Bagaimanapun, Aman turut menambah, bapanya sempat bertanya mengenai persiapan perkahwinan.

IKLAN

“Setengah jam selepas perbualan itu, abah terus lemah dan doktor terpaksa memberikan alat bantuan pernafasan sehingga ke hari ini.

“Doktor kemudian memberitahu tahap ‘survivor’ abah hanya dalam lima peratus dan terpaksa menahannya di dalam inkubator,” jelas Aman yang turut buntu sama ada mahu meneruskan majlis perkahwinan atau sebaliknya.

IKLAN

Aman turut menjelaskan, jika keadaan memaksa, dia mungkin meneruskan majlis akad nikah saja pada sebelah pagi Sabtu.

Sementara sesi esepsi akan ditunda ke tarikh lain yang sesuai.

“Ahli keluarga lain menasihati supaya tetap meneruskan perkahwinan walau apa pun yang berlaku,” akhiri Aman.

Foto: Instagram Aman Nassim/ Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI