Ibulah wanita yang mengandungkan anaknya selama sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan, membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.

Tiada ibu di dunia ini yang sanggup untuk berpisah dengan anak yang dilahirkannya.

Pelakon, Serina Redzuawan menerusi akaun Instagramnya meluahkan perasaannya bahawa dia hanya dapat berjumpa anaknya pada hujung minggu sahaja dan katanya, lima hari tidak berjumpa anaknya adalah satu penyiksaan buat dirinya.

“Memang i masih dpt jumpa anak anak cuma hujung minggu je, weekday hari hari i rindu kan them. I akan tengok video dan gambar anak anak happy moment we all Bila I miss my Babies.5 hari tak dpt jumpa anak anak pun satu penyiksaan for me, sebab dulu hari hari i spend time with them jemput them balik sekolah.I just nak Semua peminat serina doakan for me supaya I dapat semula Hak penjagaan anak & pembelaan yg sepatutnya,” tulisnya di ruang kapsyen perkongsiannya.

Sayu hati MH apabila membaca luahan hati Serina ini, tidak dapat digambarkan betapa tersiksa jiwanya apbila tidak dapat berjumpa dengan anak-anak tersayang.

IKLAN

Rata-rata peminat dan pengikut Serina mendoakan segala urusan untuk mengambil hak penjagaan anak-anaknya dipermudahkan.

amy.don.14661: Semoga Serina akan dpt blik semula hak penjagaan sepenuhnya..dan in sya Allah akak yakin Chef Wan akan sentiasa menyokong Serina n anak2

IKLAN

fidahjrm_puncakalam: Semoga Allah permudahkan urusan @serinaredzuawan dalam hak penjagaan anak2.. aamiin..

hashlina.nordin: Smoga Allah pmudahkn urusan… InshaAllah… stay strong ???… + perbanyakkn bc zikir Nabi Yunus… Allah sentiasa bsama hamba-NYA

IKLAN

Terdahulu, Serina dan bekas suaminya bercerai pada bulan Ogos tahun lalu dan hak penjagaan anak-anak mereka diserahkan kepada bekas suami dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui bersama.

Namun begitu baru-baru ini, Serina menerusi Instagram berkata bekas suaminya telah melanggar perintah mahkamah.

Apapun MH doakan yang baik-baik buat Serina dan semoga segala urusan dipermudahkan. MH juga berharap Serina terus kuat dan tabah untuk melalui ujian yang diberikan kepadanya ini.

Sumber: Instagram Serina Redzuawan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI