Pelakon, Sari Yanti nyata gembira apabila permata hatinya, Dariya Inara sudah mampu berdiri dan bertatih.

Terdahulu, Sari Yanti diakui lebih menumpukan perhatian terhadap keluarganya selepas mendirikan rumah tangga.

Lalu menerusi postingnya di Instagram, bintang itu ada berkongsi video pendek yang merakamkan anak perempuannya itu baru pandai berjalan sendiri.

Menerusi video tersebut, Dariya sudah pun mampu berjalan tanpa dibantu sesiapa.

IKLAN

“Akhirnya… mau pun dia jalan takyah pegang, dah nak masuk setahun 3 bulan dah dia @dariyainaraofficial,” tulis Sari Yanti.

Terdahulu menerusi akaun Instagram rasmi anak kecil itu, pasangan berkenaan memberitahu mereka agak gusar memandangkan masih belum lincah berjalan.

IKLAN

Malah, para peminat ada memberikan pelbagai reaksi serta pengalaman dalam membesarkan anak.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula, para peminat turut sama teruja melihat perkembangan Dariya yang kini mencecah usia setahun tiga bulan itu.

IKLAN

Dalam Usia 1 Tahun 3 Bulan, Sari Yanti Gembira Dariya Inara Dah Mula Laju Menapak, Tanpa Bantuan Sesiapa! Dalam Usia 1 Tahun 3 Bulan, Sari Yanti Gembira Dariya Inara Dah Mula Laju Menapak, Tanpa Bantuan Sesiapa! Dalam Usia 1 Tahun 3 Bulan, Sari Yanti Gembira Dariya Inara Dah Mula Laju Menapak, Tanpa Bantuan Sesiapa!

Sari Yanti dan suaminya, Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Ia merupakan perkahwinan kedua Saro Yanti dan sebelum ini, bintang itu telah mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Foto: Instagram Sari Yanti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI