Penyanyi dan selebriti media sosial, Yazmin Aziz menzahirkan rasa syukur selepas impiannya memiliki kereta sendiri sebelum usia 21 tahun akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Yazmin, sejak berpindah ke Malaysia, dia sekeluarga bergantung harap pada sebuah kecil dan ada kalanya dia terpaksa menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau e-hailing.
“Saya berdoa agar detik ini berlaku. Semenjak berpindah ke Malaysia daripada Manila sejak 10 tahun yang lalu, keluarga saya kalau pergi ke mana-mana, akan menaiki Myvi.
“Usianya lebih tua daripada adik perempuan saya. Kereta ini telah berkhidmat lama dan kami menyukainya.
“Bagaimanapun, keluarga kami sudah semakin besar dan masing-masing mula ada jadual sendiri. Untuk beberapa bulan sebelum ini, kami terpaksa meminjam kereta atau menggunakan perkhidmatan e-hailing,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Big Stage musim ke-4 itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Ads
Lantaran itu, bagi memberi keselesaan buat keluarganya, penyanyi kacukan Malaysia-Filipina itu bertekad untuk berkerja lebih keras demi merialisasikan impiannya itu.
“Kemudian, saya pasang impian untuk memiliki kereta sebelum usia saya mencapai 21 tahun. Tuhan memakbulkan permintaan saya sebelum hari lahir saya dan saya sangat-sangat bersyukur.
“Tak salah pun ada impian pada usia yang muda. Malah, impian itu juga yang membuatkan saya berkerja keras dan bersemangat bagi merialisasikannya apa yang saya inginkan buat diri sendiri.
“Kalau anda seperti saya, saya harap anda tak mudah mengalah. Jangan pernah berhenti bermimpi.
“Kalau anda tertanya-tanya, saya memang ingin memiliki sebuah kereta besar untuk keselesaan keluarga saya yang tercinta,” kongsinya lagi.
Ads
Sementara itu, Yazmin turut memaklumkan dia kini mahu mengalihkan fokus bagi memiliki rumah sendiri pula.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong saya selama ini. Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada kisah saya.
“Seterusnya pula, saya mahu keluarga saya punyai rumah sendiri. Saya tahu perjalan ini tidak akan mudah tapi saya tidak akan berhenti berdoa dan bermimpi seterusnya berkerja keras untuk itu.
“Saya kini dalam usaha untuk mendapatkan lesen dan saya tidak akan memandu selagi urusan tersebut belum selesai.
Ads
“Saya bersyukur kerana memiliki ibu yang sentiasa ada mememani saya ke mana sahaja tempat yang saya ingin pergi,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Yazmin itu.
Sepanjang penglibatan dalam industri seni, Yazmin memiliki beberapa buah single seperti Soul Connection, Lihatlah dan Kosong.
Selain bergelar penyanyi, Yazmin juga aktif dalam menghasilkan konten-konten menarik di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Yazmin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
MH sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat wanita diluar sana!
Pernah Tak Ernie Hadapi Atau Berdepan Dengan Masalah Kulit?
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kontroversi membuli yang didakwa oleh keluarga Hyunjoo yang merupakan bekas ahli kumpulan ini benar-benar memberi kesan buruk terhadap ahli yang lain.
Apa yang menjadi tanda tanya, Hyunjoo meninggalkan kumpulan ini pada Oktober 2016 dan kenyataan yang didakwa oleh keluarganya bahawa dia dibuli dan hampir membunuh diri hanya dikeluarkan lima tahun kemudian.
Sejak pertuduhan itu dilakukan secara dalam talian pada 28 Februari 2021, walaupun dinafikan oleh ahli kumpulan yang lain, imej mereka tercalar dan menjejaskan kredibiliti masing-masing. Kesannya, kontrak ahli kumpulan sebagai duta produk dan juga pelakon dibatalkan menyebabkan kerugian yang sangat banyak.
Akhirnya pada 28 Januari 2022, DSP Media yang merupakan syarikat naungan kepada kumpulan April telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai pembubaran kumpulan tersebut.
“Helo, ini DSP Media. Kami ingin memberitahu anda tentang pembubaran April. Selepas perbincangan yang panjang dengan setiap ahli April, agensi telah membuat keputusan untuk membubarkan pasukan supaya ahli boleh bergerak mengikut laluan masing-masing mulai sekarang.
“Kami meminta anda sokongan dan perhatian yang banyak terhadap 6 ahli yang kini akan memulakan haluan mereka sendiri, bukan sebagai ahli April.
“Tambahan pula, kami ingin meluangkan masa ini untuk mengucapkan terima kasih yang tulus kepada peminat yang menceriakan gadis-gadis April sejak 6 tahun yang lalu,” ujar kenyataan media tersebut.
Kumpulan yang terdiri dari enam orang gadis cantik, Jinsol, Naeun, Yena, Chaewon, Chaekyung dan Rachel ini telah mengecap pelbagai kesuksesan dalam perjalanan karier mereka. Antaranya, kumpulan ini telah dinobatkan sebagai Girl Group Rookie of The Year di Anugerah Seni Hiburan Korea yang ke-22.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.