Jenama wangian terkenal SugarBomb telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SugarBomb 2022 yang berlangsung Sabtu lalu di ibu pejabat mereka di Bandar Bukit Raja, Klang.

Dihadiri lebih 1,000 tetamu, pengasas SugarBomb Worldwide Sdn Bhd Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali dengan nama Bos A berkata, rumah terbuka dianjurkan bertujuan menghargai semua pihak yang teguh menyokong mereka sejak tahun 2017 lagi.

“Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama kami adakan secara kecil-kecilan sahaja ketika jenama kami masih beroperasi di Setia Alam pada tahun 2018.

“Kali kedua ini lebih luas skopnya. Biarpun berlangsung selepas Syawal sudah berlabuh, kami kira tak lambat untuk menganjurkannya sebagai penutup Aidilfitri pada tahun ini. Biar lambat, asal selamat,” katanya.

“Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya! “Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya! “Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya!

Malah, Bos A meneruskan tradisi berkongsi rezekiduit raya saban tahun kepada peminat setia jenama itu dengan memperuntukkan RM10,000 dikongsi secara rawak kepada tetamu yang hadir.

IKLAN

“Dalam setiap rezeki kita, ada bahagian rezeki orang lain. Ada yang menderma, bersedekah dan juga mengagihkan duit raya. Saya tidak terkecuali.

“Ia tak terbatas musim raya semata-mata. Malah tradisi berkongsi atau menyumbangkan duit raya ini saya lakukan tanpa mengira masa di mana-mana sahaja.

“Ketika bercuti, mengembara atau berada di lapangan terbang pun, saya teruskan tradisi sebegitu.  Saya percaya besar mana jumlah duit raya ini, besar lagi sokongan mereka yang selama ini kebal menyokong kami secara langsung dan sebaliknya,” katanya lagi.

Dianggarkan kos penganjuran acara ini melebihi RM50,000.

IKLAN

“Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya!

“Kita sajikan tetamu yang datang dengan minuman Tea Live, minuman Cheers X Hausboom, durian, Alif Satay diusahakan oleh Alif Satar. Malah menu sampingan seperti lontong, mi goreng, ais krim Malaysia, cendol dan  banyak lagi turut dihidangkan.

“Kita juga mengundang duta dan ikon SugarBomb iaitu Nabil Ahmad, Achey dan juga Shiha Zikir sebagai penyeri. Berkonsepkan street hawker, persembahan busking juga menjadi penyedap halwa telinga tetamu,” katanya.

Malah sepanjang majlis berlangsung, kios menjual pewangi badan dan pewangi kereta rumah turut dijual dengan harga promosi istimewa.

IKLAN

“Pewangi badan 30ml EDP dijual dua botol pada harga RM100. Harga normal sebotol, RM59. Manakala pewangi kereta pula satu dijual pada harga RM10, tapi beli tiga kuantiti dengan harga RM28,” katanya.

“Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya!“Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya! “Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Bahagian Orang Lain,” – Shiha Zikir Turut Hadir, ‘Open House’ SugarBomb Agih RM10,000 Duit Raya!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/eeNPuso6KNU

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI