Dalam Ramai Yang Memuji Kecantikan Mimi Lana, Ada Fans Yang Mintanya Usah Berpenampilan Seksi!

Share

Pelakon, Mimi Lana ada berkongsi foto terkininya di Instagram yang mendapat perhatian para peminat.

Baru sahaja mendapatkan servis kecantikan dan kesihatan, dua keping gambar yang dimuat naik bintang Cari Aku Di Syurga ini nyata memukau pandangan.

Serentak dengan posting berkenaan, pengguna media sosial pantas meninggalkan komen pada entri terbaru kekasih Syafiq Kyle ini.

Dalam ramai yang memuji kecantikannya, ada juga peminat yang meminta agar bintang tinggi lampai ini tidak terlalu seksi di dalam penampilannya.

Dalam perkembangan lain, Mimi terlibat dalam penggambaran filem Pusaka di samping Syafiq Kyle.

IKLAN