Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh reda dengan ketentuan Illahi selepas isterinya dilaporkan mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Febuari lalu

Kisah tersebut baru dikongsikan oleh Noh menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Ahad.

Menurut Noh, meskipun ditimpa ujian berganti-ganti, dia dan isterti tetap percaya segala yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan. Korang tak tau kan?

“Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat. Namun, Tuhan jemput dia awal.

“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Rahsia Tuhan ini juga memanjatkan rasa syukur kerana di kelilingi oleh orang-orang sepanjang menempuh detik sukar ini.

“Walaupun perit nak melalui segala yang aneh-aneh tapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami.

“Nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab kami melawan perjuangan yang agung dan menang.

“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang tak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana sahaja.

“Awal pagi teman pergi kuburan tapi kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. Anda tahu siapa anda,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Noh turut menyifatkan segala yang berlaku ini menguatkan lagi hubungannya bersama isteri yang kini sudah genap setahun mendirikan rumah tangga.

“Oh ya kami namakan anak kami Julian. In sha Allah semoga tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti.

“Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab sudah lalui macam-macam.

“Palestine pasti bebas,” akhirinya.

Terdahulu, Noh dan isterinya Fatin Athira telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 September 2023.

Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022.

Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI