Penyanyi Haqiem Rusli tidak lagi mahu memandang ke belakang, sebaliknya akan meneruskan kerjaya seninya dalam bidang nyanyian selepas memuat naik status menerusi Instagram, membayangkan akan berhenti daripada seni sebelum ini.

Menurutnya lagi, keputsannya sebelum bukanlah gimik demi single baharu, tetapi apa yang digambarkan itu adalah luahan isi hati susulan situasi sekitar yang dihadapi.

Bagaimanapun, penyanyi yang sinonim dengan lagu Jatuh Bangun itu nekad meneruskan legasinya dalam seni selepas mendapat sokongan keluarga dan rakan terdekat.

IKLAN

“Keputusan saya nak berhenti bukan gimik untuk keluar single. Sebenarnya, memang dah ada single baru, cuma tunggu waktu sesuai untuk dilancarkan, tidak ada kena mengena dengan apa yang dimuat naik dalam Instagram.

 

“Saat itu memang berbelah bagi, nak teruskan atau tidak kerana tertekan dengan situasi sekeliling yang disebabkan kawan-kawan, netizen dan beberapa hal. Saya akan cuba mengatasi segala cabaran yang mendatang,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Pada masa sama, penyanyi berusia 20 tahun ini juga turut terharu dengan sokongan yang diberikan rakan seindustri.

IKLAN

Sementara itu, Haqiem turut memberitahu single terbarunya akan dilancarkan pada 3.00 petang ini.

IKLAN

“Lagu yang korang tunggu is it?So nahh saya bagi.Maaf atas kelewatan untuk release lagu ini,2 bulan sudah siap cuma last minit saya masih berfikir untuk release atau tidak ,maaf sekali lagi,atas ada sebab tertentu,awak tahu sebabnya.

 

“So saya akan teruskan career music saya dan this is my new single. “SELAMAT TINGGAL SAYANG,” tulisnya di instagram.

https://www.instagram.com/p/BkxRObwH_7S/?hl=en&taken-by=haqiemrusli98_

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI