“Dah Turun Ni, Ada Mana,”- Wow! Balas Fikry Ibrahim Bila Janna Nick Lepak Dataran Merdeka

Share

Pelakon Janna Nick ada memuat naik sekeping foto di Instagramnya semalam.

Foto tersebut melihatkan pelakon drama Leftenan Zana itu tampil bersahaja memakai seluar jeans dan baju lengan panjang sambil posing di atas sebuah motosikal di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Semalam lepak dataran…. Awat tak turun???,” tulis Janna. 

Lantas, foto tersebut telah mendapat perhatian dari pelakon Fikry Ibrahim apabila dia juga ‘membalas’ gambar Janna itu.

“Dah turun @jannanick , ada mana tu? Teringin nak tengok awek pakai fullface pink naik nvx, alang-alang boleh p mesin rumput,” tulis Fikry di ruangan kapsyen. 

Lalu, netizen mulai ‘mengusik’ kedua-dua pelakon itu yang pernah bergandingan dalam sebuah telemovie seram berjudul Enam.

Dalam perkembangan lain, Fikry Ibrahim tercalon TOP 20 dalam tiga ketegori Anugerah MeleTOP 2019 (AME 2019) iaitu Hos MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.

Foto : IG Janna Nick, Fikry Ibrahim

IKLAN