“Dah Tak Ada Job Ke?,” – Sering Buat TikTok, Netizen Persoal ‘Kembar’ Hael Husaini Kini Kian Sendu?

Share

Tular di media sosial beberapa minggu lalu apabila Adam Zainee dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi Hael Husaini.

Namun, menerusi akaun Instgramnya , dia kini aktif berkongsi video aplikasi TikTok.

Susulan itu , ada segelintir pihak mengatakan bahawa Adam kini kurang mendapat perhatian seperti sebelum ini.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa Adam berbuat demikian untuk meraih perhatian semata-mata.

Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen terhibur dengan video-videonya itu.

Adam sebelum ini pernah menjalani pembedahan dengan menelan kos RM45,000 untuk memiliki wajah seperti penyanyi lagu Hajat itu.

Dia juga pernah menghiasi kaca TV apabila muncul dalam iklan KFC.

IKLAN