“Dah Setahun Hidap Kanser Paru-Paru & Masalah Jantung,” – Alami Sesak Nafas, Bapa Zalif Sidek Dikejarkan Ke Hospital

Share

Pelakon, Zalif Sidek berkongsi khabar duka apabila memaklumkan bapanya ketika ini telah dikejarkankan ke unit kecemasan Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas pada Ahad.

Menurut Zalif, bapanya itu sebenar telah mengidap kanser paru-paru dan komplikasi jantung sejak setahun yang lalu.

 “Assalamualaikum semua. Salam Subuh & Salam PKP. Mohon doakan Papa saya kecemasan lepas dinner semalam beliau sesak nafas. Untuk makluman beliau (Papa) dah setahun mengidap Kanser Paru Paru & Ada Masalah Jantung.

“Beliau sekarang menjalankan rawatan susulan dirumah selepas menjalankan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum ini,” tulisnya.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon filem, Mimaland ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Tadi (semalam) lepas makan malam beliau semput, amik gas oksigen hidung pun tak jalan. Terus Call Ambulan untuk hantar ke Kecemasan Intitud Kanser Negara Putrajaya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zalif turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa semoga bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.

“Moga Semuanya (Papa) baik-baik saja dan kembali pulih serta kami semua sekeluarga dipermudahkan,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis berkongsi ras hiba selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zalif.

Sumber: Instagram Zalif Sidek

IKLAN