“Dah Penat Buat Video, Nak Berehat,”- Bawa Sekali Wakil PERKESO, Datuk Seri Aliff Syukri Ziarah Pusara Bekas Pengurus

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa pilu dan sedih sebaik sahaja menziarahi pusara bekas pengurusnya, Allahyarham Ghazi bin Mat Lawi.

Menurut Datuk Seri Aliff, dia amat berbesar hati apabila kehadirannya disambut baik oleh seluruh ahli keluarga allahyarham bersama ketua kampung kawasan tersebut.

“Sebak pilu dan sedih yang saya boleh gambarkan pada harini apabila melawat kubur arwah @ghazi_ml bukan sahaja seperti perkerja saya. Tetapi seperti adik dalam keluarga saya.

“Saya dapat rasakan betapa kuatnya kekeluargaan beliau apabila semua family beliau ada.

“Hari ini saya memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Saya juga di temani oleh ketua kampung dan juga wakil dari perkeso.

“Semoga arwah diletakkan di tempat orang-orang yang beriman amin. Apapun yang terjadi saya percaya pada yang di tentukan oleh Allah.

“Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan kenangan harta benda dan juga nama,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Aliff menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Datus Seri Aliff turut menjelaskan bahawa dia kini ingin berhenti menghasilkan video buat sementara waktu kerana ingin masa untuk berehat.

“Dan kepada waris ibu bapa arwah terima kasih layanan baik dari semua keluarga arwah @ghazi_ml yang menyambut kedatangan saya.

“Apa pun semoga keluarga arwah tenang dan kuat menempuh dugaan hidup ini

“(Maaf kalau video saya kurang posting kerana saya dah penat buat videosaya nak berehat),” katanya lagi

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut memberi kata-kata semangat buat Datuk Seri Aliff.

Terdahulu, Allahyarham Ghazi telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 9 September lalu.

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

IKLAN