Setelah hampir setahun menbendung penularan wabak Covid-19, kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos telah selamat tiba di Malaysia melalui pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang serta Johor dan Pulau Pinang pada 21 Feb lalu.
Bagaimanapun, isu pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia ini telah menjadi perbualan hangat kalangan netizen selepas ada segelintir yang menolak untuk menerima vaksin tersebut.
Lalu, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada meluahkan pendapat mengenai perkara tersebut di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Michael, dia berasa kesal dengan segelintir sikap netizen yang menolak untuk menerima vaksin tersebut meski akan diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.
Ads
“Salam semua! Cuba fhm kan aku! Cannot brain org yg tak nak ambik vaccine ni. Mcm mcm la org2 Malaysia ni. Suruh pakai mask n haram kan diri pun susah!
“Ni dah nak bagi ubat penawar bising pulak. Lagi Cepat semua dot vaksin kan lagi Cepat kita semua boleh Jalani hidup mcm biasa balik.
“Boleh kerja Ada gaji! Pelik sungguh manusia! Atau Ada benda yg aku tak tahu ni? Sila jelaskan! Luv u all n stay safe n have a great weekend!,” tulisnya.
Tidak dinafikan, konflik hidup yang sukar ditambah dengan kekangan semasa yang tidak menentu menyebabkan ada sesetengah di antara kita yang memilih untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang ringgit, tanpa mengambil kira kesannya.
Membelakangkan soal halal dan haram, kisah nyata ini menjadi inspirasi menerusi filem Petaka yang kini sedang bersiaran secara eksklusif di saluran Astro First.
Mengambil latar keldai dadah sebagai isu utamanya, kisah teladan ini bukanlah satu hal yang boleh dipandang remeh kerana sudah ramai yang terjebak, seterusnya menyesal di kemudian hari kerana menjadi mangsa.
Diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn. Bhd dan AA Success Pictures, mereka mengambil pendekatan menghasilkan sebuah filem berat yang mengangkat isu berkenaan, selain diselitkan dengan kisah kekeluargaan yang dekat dengan masyarakat.
Pada masa sama, Petaka disokong oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersempena dengan sambutan Kempen Anti-Dadah yang ke-38 pada 19hb Februari depan.
Apabila menonton filem ini, pasti ramai yang merasakan jalan ceritanya yang dekat di hati. Inilah realiti yang berlaku di dalam kelompok masyarakat kita.
Tontoninya atas aspek nilai pengajaran atau mesej yang ingin disampaikan menerusi Petaka. Jangan mudah terpengaruh dengan janji ‘bulan dan bintang’ hingga terjebak sebagai keldai dadah, ketaatan kepada keluarga selain usaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong kemiskinan.
Malah, pengorbanan yang dilakukan demi menjaga ibu sakit antara elemen yang perlu ditekankan kerana nilai kasih sayang semakin terhakis dalam sesetengah keluarga.
Secara ringkas, Petaka mengisahkan kemiskinan hidup yang dilalui keluarga Sham, lakonan mantap Azman Ahmad yang kematian ayahnya lalu terpaksa menjaga ibu yang sakit. Sementara adiknya, Syikin (Jaja Illiyes) tidak bersekolah kerana tak cukup duit.
Lalu, Sham menampung keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung bukan sahaja untuk sara keluarga, tapi juga demi menebus rumah pusaka yang sebelum ini terpaksa dilelong kerana kemiskinan.
Bagaimanapun, kedaifan keluarganya apabila Sham menerima tawaran bekerja sebagai pemandu lori barang di kedai perabot Haziq (PU Azman) dan sering ulang alik ke bagi menghantar dan mengambil perabot.
Haziq bekerja di bawah Datuk Jamil dan upah yang diterima cukup lumayan buat seorang pemandu lori.
Meski terdetik tentang upah yang banyak, namun Sham teruskan juga pekerjaan tersebut atas dasar percaya kepada Haziq dan akhirnya Sham dapat menebus semula rumah pusaka.
Bagaimanapun, pekerja Haziq, Ima (Nabila Huda) ada menasihati Sham supaya berhenti daripada pekerjaan itu tanpa mengesyaki apa-apa. Bagaimanapun upah yang diterimanya semakin banyak dan membuatkan Sham mula tertanya-tanya.
Sham terkejut kerana baru sedar selama ini dia menjadi tukang hantar barang terlarang (dadah). Sham tidak tahu yang dia rupanya keldai dadah kepada Datuk Jamil.
Petaka hidup Sham semakin hebat apabila dia gagal menghantar barang Datuk Jamil serta menghilangkannya.
Sejak itu, pelbagai kejutan dan ketegangan mulai timbul atas kejahatan yang dilakukan konco-konco Datuk Jamil yang diketuai Zamri (Zali Shuhali) hingga menyebabkan ibunya turut terbunuh.
Lakonan mantap daripada para pelakon utamanya boleh dipuji. Emosi yang diberikan nyata berbekas.
Paling mencuri tumpuan, ialah karektor Haziq yang didukung PU Azman, sebagai orang kanan kepada pengedar dadah berpengaruh.
Melakonkan watak hitam, ia menjadi antara faktor yang menarik untuk menonton filem Petaka. Siapa sangka, pendakwah bebas sepertinya mampu melakonkan watak jahat?
Sebagai penjenayah, watak PU Azman dilihat berbeza daripada kebiasaan dan tidak klise dengan perwatakannya sebelum ini.
Meski berstatus pendakwah, itu tidak menghalang PU Azman untuk membawakan watak itu dengan baik sehingga geram menonton kejahatannya yang dibuat dalam diam.
Itu belum lagi lakonan hebat Wan Mamimunah sebagai ibu yang menderita sakit kaki. Meski babaknya tidaklah banyak, namun tetap memberikan emosi yang tidak bukan biasa-biasa.
Meninjau ke satu posting menerusi akaun Instagram Petaka, rata-rata peminat tidak sabar untuk menantikan tayangann filem ini. Malah, di ruangan komen, ada yang mengakui ia menarik untuk ditonton.
Pelakon Aiman Hakim Ridza ada memberikan dedikasi teristimewa buat isterinya yang juga aktres, Zahirah MacWilson bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang berkenaan yang ke-26.
Sambil menyatakan rasa terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat anak mereka, Aiman turut terharu atas pengorbanan yang telah diberikan isteri tersayang.
“Happy 26th Birthday Mummy @zahirahmacwilson! Thank you for being a great mum to our son. Thank you for sacrificing your time, body, youth, and even your birthday for raising our child with all the love in the universe.
“Nothing can replace or exchange what you have done and both of us appreciate every tiny subtomic bit of it!! Love you mummy!!! Nanti dah habis pantang we go makan2 just the three of us okay!!! Its a date!!! Daddy belanja!,” tulisnya.
Sambil berkongsikan dua keping foto kandid mereka, entri yang sudah pun menerima kira-kira 63,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan sama oleh peminat buat Zahirah.
Sekadar mengimbas, pasangan selebriti yang mula menarik perhatian ramai setelah digandingkan bersama menerusi drama Curi Curi Cinta ini, mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru saja disahkan bebas Covid-19, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dilihat ada memuat naik beberapa foto terkininya bersama keluarga di Instagram.
Terbaru, pelakon tersebut ada memuat naik satu video bersama isterinya sesudah menunaikan solat secara berjemaah.
Di dalam video yang dibuat menerusi aplikasi TikTok lalu dikongsikan Aeril di Instagram itu, dia sempat mengambil aksi kandid isteri, Wawa Zainal selepas solat.
Malah Aeril di dalam ruangan kapsyen turut memaklumkan baru kali ini berkesempatan menunaikan solat berjemaah selepas hampir menjalani kuarantin kendiri baru-baru ini.
“Haritu solat sorang2 je sebab kuarantin, harini baru dapat berjemaah.
“Baru boleh 27 kali ganda pahala kita dapat,” tulisnya.
Lalu, perkongsiannya mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat keharmonian rumah tangga pasangan yang memiliki tiga orang cahaya mata ini.
Sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih sejuta kali peminat bersama-sama ribuan komen yang ditinggalkan.
Dalam perkembangan lain, Aeril kini muncul menerusi drama Tercipta Satu Ikatan bergandingan sama Hannah Delisha yang bersiaran menerusi slot Mega Drama di Astro Ria.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.