“Dah Mula Dah, Pergi Supermarket Satu Family,” – Ada Mula Ingkar PKP & Penjarak Sosial? Altimet Doa Moga Kita Dilindungi Allah

Share

Rapper, Altimet ada berkongsi situasi terkini melibat sesetengah rakyat Malaysia mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa keempat.

Menurut Altimet, dia mendakwa sudah kelihatan individu yang membawa ahli keluarga ke pasar raya selain turut tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

“Dah mula dah, pegi supermarket satu famili.

“Dah mula dah, tak pakai mask.

“Dah mula dah, beratur dekat dekat.

“Allah Selamatkan Kamu Semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bunga itu turut sempat mendoakan semua kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Altimet menerusi akaun Twitter miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau mengenangkan situasi tersebut selain turut berharap agar rakyat Malaysia sama-sama peka dalam memerangi wabak COVID-19 bila memasuki fasa baru ini.

Sumber: Twitter Altimet

IKLAN