Pelakon dan ushawan yang sinonim dengan kecantikan, Rozita Che Wan sebentar tadi ada berkongsi mengenai mitos penjagaan ‘miss v’ bagi golongan wanita.
Perkongsian tersebut dilakukan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini menerusi Instagram.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menerangkan mengenai mitos bahagian intim itu perlu dibasuh lama-lama dan selalu perlu dicuci.
“Nak terangkan satu mitos tak betul.. Ada orang cakap kena basuh lama2.. Dan kena kerap cuci.. Baju kita boleh basuh lama2.. Motor pon boleh.. Kereta pon boleh.. Jadi tak boleh bila bukan kita punya ja.
Ads
“Tapi Miss V kita ni.. JANGAN basuh lama2 uolls.. Takut sat lagi jadi mcm2 benda tak elok.. Boleh jadi kering, ruam dan PH di kawasan tu pon boleh berubah… Kulit kat situ kan lembutt.. Jadi kalau kita kerap basuh dan kerap sgt cuci.. Boleh menyebabkan kulit jadi mudah terdedah kepada ancaman2 melecet.. Dah melecet kang marah plak somi.. Tak pasai2 kenapa “puasa”.
“Jadi henti2 kan lah mencuci dari Asar sampai Magrib.. Dan kalau uolls jenis kaki kencing (byk kali buang air kecil sehari), basuh dengan ayaq biasa ja.. Guna pencuci goyang segar sekali hingga dua kali sahaja sehari.
Ads
“Mmg lah Miss V kita ada perlindungan semula jadi sendiri.. Tp x salah kalau kita guna pencuci yg tak menggangu PH kulit kawasan tu, lg2 kalau mmg elok utk masalah bau dan keputihan, kan? Perlindungan semula jadi hanya perlindungan, bukan merawat,” tulisnya panjang lebar.
Kumpulan legenda wanita popular, Elite, bakal kembali mengubat rindu peminat apabila diumumkan bakal mengadakan konsert solo pertama mereka, Elite Live’25, yang dijadual berlangsung pada 20 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Kemunculan semula mereka dalam Konsert GenKRU baru-baru ini nyata mencetuskan fenomena, dan kini mereka bersedia mengulangi keajaiban itu dalam pentas berskala lebih besar.
Menurut Azza mewakili kumpulan itu, mereka berasa sangat berbesar hati apabila diberi ruang eksklusif oleh pihak penganjur, Icon Entertainment, untuk tampil dalam konsert mereka sendiri.
“Elite rasa sangat teruja bila pihak Icon Entertainment sudi memberikan satu platform yang sangat besar untuk kami berada di pentas sendiri.
“Pada masa sama, kami juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja yang bakal berlaku selepas ini.
“Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” katanya kepada MH.
Azza juga menegaskan mereka tidak gentar dengan sebarang kritikan atau pandangan berbeza mengenai kemunculan semula mereka.
“Kami sanggup ambil langkah berani ini untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu kami. Saya rasa mereka pun tahu tahap kemampuan kami.
“Mereka hanya nak tengok kami berlima buat persembahan di atas pentas. Buat mereka yang rasa kurang senang, tak mengapalah. Kami menerima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Latihan Intensif & Komitmen Penganjur
Sementara itu, anggota Elite, Linda Rafar, mengakui bukan mudah untuk menerima tawaran ini memandangkan sudah lama mereka tidak membuat persembahan, apatah lagi konsert berskala besar.
Namun, keyakinan yang diberikan oleh Iman Tang, selaku ketua projek dari Icon Entertainment, membuatkan mereka percaya bahawa projek ini mampu direalisasikan dengan penuh profesionalisme.
“Itu adalah perkara utama yang kami risaukan. Sebab itulah segala persediaan sudah bermula daripada sekarang. Kami mula jaga makan, tahap kecergasan, latihan vokal dan koreografi.
“Alhamdulillah, Iman Tang sudah siapkan jadual latihan kami. Namun, kami juga perlu membuat latihan sendiri. Doakan yang terbaik.
“Kami pun tidak mahu memalukan diri sendiri. Sebab itu kami percaya kepada Iman kerana kami tahu dia akan menjaga kami dari segala aspek,” katanya.
Elite ditemui ketika sidang media rasmi konsert yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Menurut Iman, penganjuran konsert ini bukanlah satu keputusan tergesa-gesa semata-mata mengikut trend, sebaliknya satu projek yang telah lama dirancang secara teliti.
“Ini bukan penganjuran tangkap muat kerana konsert sedang ‘hype’, tetapi melihat betapa relevan girl band ini untuk melakukan konsert berskala besar yang sepadan dengan kewujudan mereka.
“Konsert ini akan menjadi sejarah penting bukan hanya kepada kumpulan ini tetapi industri muzik amnya kerana karya-karya hebat yang diciptakan pada tahun 90-an misalnya masih menjadi kegemaran ramai,” jelasnya lagi.
Tiket Elite Live’25 akan mula dijual bermula Khamis depan, jam 2 petang, dengan harga bermula dari RM268 (Tamparan Wanita dan Catwalk), RM588 (Manisnya Senyumanmu) hingga RM1088 (GIG).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nad Zainal mengimbau kenangan situasi dia sekeluarga ketika menghadapi kegawatan ekonomi yang pernah melanda beberapa negara Asia termasuk Malaysia sekitar tahun 1997 lalu.
Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin pada ketika itu masih kecil, antara lain mengakui ibu bapanya turut sama terkesan atas hal yang berlaku.
“Pada tahun 1997-98, krisis ekonomi, jujurnya saya tak begitu terkesan, walaupun saya tahu kedua ibu bapa saya struggle waktu itu, tapi mereka akan pastikan makanan untuk saya tersedia.
“Saya bersekolah seperti biasa. Mama tidak bkerja dan mengambil upah jaga anak orang, dan saya? Masih selesa…tak ada apa yang kurang.
“Walaupun bila tiba bulan puasa, mama saya hanya makan tauhu sumbat 3 ketul waktu berbuka, dan dia kata ia sudah memadai dan saya percaya,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Bagaimanapun setelah dia kini bergelar ibu, Nad bagaimanapun terfikir atas apa yang pernah dilalui.
“Namun sekarang saya terfikir, betulkah apa yang dia kata? Atau hanya menipu saya kerana tidak mahu anaknya risau atau rasa bersalah? Lauk ayam goreng diganti dengan ikan bulus kadang-kadang, which i dont mind actually.. sedap je… and IM HAPPY.
“Walaupun bila difikir kembali, apalah agaknya orang tua saya bualkan sebelum tidur waktu itu?,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, bintang drama bersiri, Takdir Yang Tertulis ini mengakui, mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam tempoh krisis ekonomi bukanlah satu perkara mudah.
“Mesti runsing memikirkan macam mana nak survive dan kini, tiba waktu saya pula membesarkan anak dalam situasi sukar ini, dan berharap mereka “tak sedar” akan keperitan yang kami ibu bapa tanggung.
“Saya pasti, semua ibu bapa sayu melihat anak membesar terperuk dalam rumah, ada yang makan ala kadar, pelajaran entah ke mana.
“Diharap 10 tahun akan datang kita mampu mengimbas kembali zaman kegelapan ini dengan senyuman kita berjaya melalu detik hitam itu bersama cepatlah pandemik ini berlalu,” tulisnya lagi.
Masih kekal ‘simple’ dan merendah diri, itu yang dapat disimpulkan tentang penampilan pelakon dan usahawan, Che Puan Juliana Evans walaupun bergelar isteri kepada kerabat diraja.
Hadir ke majlis tanpa ditemani pengawal peribadi, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 33, dipuji ramai yang senang melihat dirinya yang dilihat senang memilih gaya hidup sederhana.
Menurut pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini, tiada apa yang berubah meski selepas bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.
“Saya rasa tiada banyak perkara berubah tentang diri saya, maksudnya mungkin adalah beberapa perkara melibatkan protokol yang perlu saya turuti.
“Cuma kalau berbicara mengenai diri, sudah tentu lebih matang, lagi pun usia juga dah mencecah 30-an. Akan tetapi saya masih lagi suka berdikari.
“Kalau bahagian protokol, itu adalah apabila saya bersama suami dan keluarganya. Selebihnya, saya hanya macam biasa,” katanya kepada Media Hiburan.
Juliana ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV yang di adakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dilihat lebih memberi fokus pada keluarga, Juliana berkata sebenarnya dia masih lagi aktif berlakon malah minatnya itu turut mendapat sokongan daripada suami.
“Saya masih lagi suka bekerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, lagipun berlakon adalah minat saya.Tidak dinafikan memang ada banyak struggle untuk menjadi seorang pelakon… saya tahu dan sudah pun melalui kesusahan itu dahulu.
“Jadi saya lebih bersedia sekarang berbanding dahulu. Kadang-kadang saya tetapkan peraturan untuk diri sendiri. Sebagai contoh 12 jam sahaja untuk bekerja, saya tahu saya punya ‘limit’ sebab dah melaluinya menerusi pengalaman,” katanya lagi.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharifuddin pada 30 April 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...