Penerbit, Datuk A Aida bersyukur selepas keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi diasaskannya, A Aida Production Sdn Bhd dengan pelakon Amelia Henderson telah memihak kepadanya.

A Aida yang tidak dapat menahan sebak saat ditemui media berkata, dia memang sudah lama yakin bahawa dirinya berada di pihak yang benar.

Katanya lagi, dia berharap agar kes ini menjadi pengajaran buat para pelakon laim diluar sana.

“Dah Lama Saya Yakin Berada Di Pihak Yang Benar,” – A. Aida Menang Kes Saman, Amelia Henderson Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000

“Syukur Alhamdulillah, kemangan berpihak kepada saya. Saya hormati keputusan yang telah diberikan oleh hakim. Ini pengajaran buat artis-artis lain. Bila kita dah menandatangi kontrak. Kita kena hormati. Faham betul-betul.

“Sekarang pun saya masih sebak untuk bercakap. Saya pasti saya memang berada dipihak yang benar. Saya memang yakin daripada dahulu lagi. Kita ada kontrak. Undang-undang pun iktiraf kontrak.

IKLAN

“Air mata saya mengalir bila hakim mengumumkan kemenangan kepada saya,” katanya kepada MH.

Lantaran itu, Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Zulqarnain Haassan hari ini mengarahkan pelakon, Amelia Henderson membayar ganti rugi lebih RM200,000.

“Dah Lama Saya Yakin Berada Di Pihak Yang Benar,” – A. Aida Menang Kes Saman, Amelia Henderson Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000

IKLAN

Bayaran ganti rugi tersebut membabitkan bayaran pendahuluan, RM3,920 dan faedah lima peratus, ganti rugi am fitnah berjumlah RM90,000, ganti rugi kos shooting RM101,325 serta faedah dan kos tindakkan sebayak RM18,000.

Malah, Hakim, Zulqarnain Hassan, juga memutuskan supaya Amelia membuat permohonan memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Terdahulu, Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.

IKLAN

Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus produksi A Aida Production dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.

Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI