“Dah Lama Berhasrat Ziarah Kubur Arwah Abam,” – Risteena Munim

Share

Pelakon Risteena Munim berkesempatan menziarahi pusara pelawak, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey pada Jumaat siang.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon wanita berkenaan menerusi Instagramnya dengan memuat naik sepotong video yang dilihat sedang mendoakan Allahyarham.

“Dah lama saya berhasrat untuk ziarah kubur arwah Abam. Alhamdulillah saya berkesempatan pergi ziarah.

“Banyak kali saya bekerja dengan arwah Abam.

“Baik sangat-sangat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin YRA. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, Abam, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Video: Instagram Risteena

IKLAN