“Dah Lama Abah Tak Excited Macam Ni,- Aliff Syukri Teruja, Anak Dah Pandai Jalan Meski Baru 10 Bulan

Share

Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri merakam momen indah apabila anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi kini sudah pandai berjalan.

Berita gembira itu dikongsikan Aliff menerusi Instagramnya.

“Korang mcm mana happy x tgk anak korang pandai jalan?@yusoffalqardawi_terlajaklaris dah pandai jalan walapun baru 10bulan

“Dah lama abah x excited mcm ni bila tgk anak pandai jalan…dia punya happy mcm dapat durian runtuh!! ada kawan korang muka mcm yusof tak?? cere tag kawan korang tu,” tulis Aliff.

Meski masih bertatih, namun Yusof,10 bulan kelihatan gembira dan teruja apabila dia berjaya melangkah beberapa tapak.

Yusoff yang juga pernah merangkul gelaran Anugerah Cilik MeleTOP 

dibantu kakaknya, Qadejah El-Zehra atau mesra disapa Cess.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan dan dihujani ratusan komen.

Untuk rekod, Aliff mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 10 bulan.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, Shahida hamil anak kembar tetapi disebabkan pendarahan yang dialaminya menyebabkan kemungkinan salah satunya keguguran.

Video : IG Aliff

IKLAN