“Dah Kawin Ni Wajib Selekeh Ka?” – Jangan Jadikan Anak Alasan Tak Jaga Penampilan, Che Ta Kata Wajib ‘Wangi’ Macam…

Share

Berposing ala model di laman Instagram, Che Ta sempat membuat pesanan khidmat masyarakat buat isteri di luar sana agar terus menjaga penampilan.

Ulasnya, berkahwin dan mempunyai anak bukan alas an untuk tampil selekeh.

“DAH KAWIN NI WAJIB “SELEKEH” KA?

“Pempuan ni, dulu masa time ‘bujang’.. Kemain lagi melawa.. Make up sana sini.. Baju cantik2.. Handbag jinjing mcm bwk permata.. Wangi, kemas.. Walaupun sebenarnya bilik tido sendiri x brape nk kemas,” tulisnya.

Malah, isteri kepada Zain Saidin itu menambah jangan merasakan cukup dengan penampilan diri dan sentiasa bekerjasama dengan suami dalam rumahtangga.

“Tp bila kawin.. Tambah dengan byk tanggungjawab.. Tambah anak pulak..Terus jadi takdak masa nk urus diri… Rasa “cukup” la dgn diri seadanya.. .

“NO NO NO! Silap tu!

“Nak cantik2.. Nk melawa ni tak perlu ambil byk masa pun sebenarnya.. Kalau ada anak.. Uolls angkat anak tu, letak sat ataih laki, suruh depa jaga sat,” luahnya lagi.

Setuju dengan kata-kata hikmah itu, netizen turut terinspirasi ibu kepada tiga orang anak itu. Kata netizen, walaupun pelakon berusia 45 tahun itu sibuk dengan aktiviti seni, namun masih mampu menjaga badan dan gaya.

Foto – Instagram Che Ta

IKLAN