Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat mengakui ada ketikanya dia tidak faham mengapa sesetengah netizen lebih suka mengutuk daripada melihat sisi baik terhadap apa yang dilakukan di dalam perniagaan.

Ujar penyanyi Makhluk Penggoda itu kepada MH, sebagai ahli perniagaan sudah tentulah dia akan cuba sedaya upaya untuk menjual produk, pada masa sama membuat demonstrasi terhadap apa yang dijual.

“Dah jual bengkung. Jadi kenalah tunjuk (cara pakai). Memanglah bengkung tu kita kena pakai dari dalam. Tapi kan kita nak tunjuk cara-cara pakai.

 

“Jadi mahu tidak mahu, saya kenalah pakai dan show off bengkung tu. Kalau jual main pegang dan tunjuk saja, sampai ke mesejnya?,” katanya apabila dihubungi.

Tambah Sajat, mereka yang kecam sepatutnya perlu lihatnya juga dari pelbagai sudut.

IKLAN

“Itulah cara orang berniaga. Kena promo untuk lariskan produk. Saya tidak merompak, tidak jual senjata ke parang ke. Saya niaga produk yang baik nak lihat orang cantik.

 

“Malah para pekerja saya pun rata-ratanya orang kita. Ada yang sudah berkahwin pun. Jadi bila ramai yang tidak sokong, ada ketikanya saya tidak faham apa yang mereka mahu.

“Yang penting, niat saya adalah untuk berniaga. Bukan ada sebab-sebab tertentu,” katanya yang sebelum ini ada memuat naik video yang mengecam tindakan sesetengah pihak yang kononnya mendakwa dirinya ada ke Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan statusnya baru-baru ini.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI