Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie ada memberikan pandangannya mengenai pesta arak yang hangat diperkatakan.

Katanya, arak itu bukan sahaja tidak sedap malah boleh menyebab seseorang itu hilang rasa malu dan juga boleh mencetuskan pergaduhan.

Pandangan tersebut telah disuarakan oleh Corrie menerusi sebuah tweet di akaun Twitter miliknya.

“Apa sedapnya arak? Arak tak sedap, busuk, buat pening kepala je, hilang kewarasan, mabuk, hilang rasa malu dan boleh bergaduh.

“Minum arak ini sahaja dah bagi bala pada peminumnya seperti di atas. Ini pandangan saya sbg seorang Saudara baru,” tulisnya.

IKLAN

Tambah Corrie, perkongsian tersebut merupakan pandangan peribadinya sebagai seorang saudara yang baru memeluk agama Islam.

Namun, perkongsian tersebut nyata tidak disenangi oleh segelintir pihak yang turut melabelkan tindakan artis tersebut sebagai ‘terlebih’ Islam.

IKLAN

Langsung melihat komen tersebut, ini respon Corrie kepada individu berkenaan.

“Terlebih Islam? Kalau dah Islam kenalah amalkan ajaran Islam.

IKLAN

“Dah biasa dah saudara baru / muallaf dipandang 2nd class. Tak boleh bersuara , tak boleh bagi pandangan, tak kongsi pengalaman sendiri. Kalau bersuara di kata hipokrit. . Maafkanlah saya yang baru kenal Islam & Allah ni. RedhaNya yang kita cari,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Corrie selain turut memintanya supaya tidak mempedulikan individu berkenaan.

“Dah Biasa Mualaf Dipandang Rendah,”-Beri Pandangan Fasal Pesta Arak, Ini Respon Adam Corrie Bila Dilabel ‘Terlebih’ Islam

Bagi MH, perkongsian Corrie itu pun ada manfaat dan ia pun adalah pandangan peribadi. Masing-masing boleh berikan apa yang mereka rasa. Betul tak?

Foto: Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI